Cinta?

Aku? bercinta? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ehem okay. Dah hampir 2 tahun aku tak bercinta dengan kaum Adam. Aku dah bosan. Aku dah serik. Serik dengan perangai lelaki. Lelaki yang suka mainkan perasaan aku gitu. Memang, memang ada lelaki yang baik & sebaliknya |Tak semua. Siapa lah aku nak cakap tentang cinta. Cinta yang aku alami selama ni hanyalah cinta monyet semata-mata. Ape pun tak bolehhh. Amboi pija, belajaq tak habeh lagi dah gatai nak bercinta ! PANGG ! *usap pipi sendiri*.

Weh, cinta selepas kahwin orang kata lagi sweet kan? Sentuh buat kali pertama, peluk buat kali pertama, main tampar-tampar buat kali pertama ~ Ha tak ke sweet gitu? Haaaa thennn aku tunggu orang masuk minang aku je ni *tutup muka with pillow* HAHA lol idok le teman sedie nak nikahh ~ Tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan? 


Wahai bakal zauj ku, awak kat mana tu? Saya harap awak sihat sihat je tau, kalau tak sihat makan ubat & jangan lupa solat ! Dah kahwin nanti, sweet macam kat atas ni boleh tak? hihihi kbai

Biarlah buat masa sekarang aku tumpukan pada pelajaran. Bak kata CT Nurhaliza 'bila dah berkerjaya, cinta itu akan datang dengan sendiri'. Biarlah yang sentuh aku tu zauj yang sah lagi sahih :p Aku tahu semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni ramai yang kahwin muda. Tu pun ramai yang tak suka. Biarlah, asalkan depa jauh dari maksiat kan :) Aku lebih selesa tanpa ada 'Special Boyfriend'. Cinta, sayang dan rindu itu fitrah manusia. Rasulullah SAW & Allah SWT sendiri menggalakkan kita berkasih sayang. Cuma biarlah mengikut syariat Islam|NoteThat

Pada yang tengah bercinta tu em jangan lah bash entri aku ni pulak kan. NO HATE. This is just a random post :) 

|Tetiba rasa nak nikah ni. ehem
Tapi,cinta yang kekal abadi tu cinta kepada Allah SWT.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©