Hangout !



Awal-awal lagi aku dah bersiap, semangat nak pergi Taiping Sentral. My brother-in-law lagi semangat hantar aku kat 7e sebab aku nak tunggu Aina ambik aku naik motor. Lamanya aku tunggu kat depan 7e tu, sebab abang ipar aku hantar awal gila kat situ. Shuhadah cakap aku buat lawak sebab aku sampai awal sangat. Masa tu, dia, Aina, Hana tengah bersiap. .Masa tengah tunggu depa mai jemput aku kat 7e, aku ternampak cikgu sekolah rendah aku, Cikgu Suhaimi. Dia masuk klinik, tak sihat lah tu kan.

Back to our topic, setelah aku dah tak larat nak duduk, Aina pun sampai ngan Shuhadah & Hana. Kami ikut jalan shortcut, dekat sikit & tak banyak kenderaan lalu lalang. Aina, YaAllah. Bawak motor macam Taiping Sentral nak lari ohh, laju gila ! Ngeri ohh naik motor ngan Aina. Bila dah sampai, TS tak sepenuhnya buka lagi, nak masuk pun hanya pekerja je yang dibenarkan. Tapi kalau nak tengok wayang tu boleh lah kalau ikut jalan luar by lift.



Aku ingatkan RM10, tetapi RM13 ye, kbai.

Tunggu Aina punya lah lama sebab dia pergi jumpa buah hati dia kejap. Bila dia dah sampai, masuk cinema, cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 : Husin, Mon & Jin Toncit pun belum start lagi. LOL lawak gila ! berbahak2 gelak dalam tu dah lah sejuk gila. 

Saat yang menyeramkan bila Shuhadah terbau something yang wangi, banyak kali dia tanya aku ngan Hana tapi kami tak bau apa apa pun. Masa tu, hidung Shuhadah tersumbat sikit sebab dia tengah selsema. So? ....

Bila dah habis tengok wayang, pergi ATM jap then pergi KFC kat Tesco, Hana belanja :3 Memang kenyang lah kan. Minggu lepas, Husna belanja, minggu ni Hana pulak belanja. rezeki rezeki :) Bila dah habis makan, naik level atas kejap sebab Hana nak cari barang tapi barang tu takda. Dah nak balik, seat motor berbahang bahang ohh ! Bak kata Shuhadah, "Terasa kehangatannya" hahaha.

Sekali lagi Aina merempit. Suka sangat main lumba-lumba ngan Shuhadah --'


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

9 comments:

aisyah fashadeland said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

Hafiza Izati said...

Wasalam, sure :)

Mohd Fauzli said...

best ke cerita tu..? hajat nak tgk, tapi masih belum berkesempatan..

Hafiza Izati said...

Not bad, best jugak :)

nadhirah. said...

teringin nak tengok, ramai cakap best..

Hafiza Izati said...

tengok jangan tak tengok :3

Hafizah Elmasry said...

guess bende apa yg dia terhidu.? hehe

Hafiza Izati said...

Lahai, nyesal check komen mlm2 ni. jgn laa tanya soalan tu ._. emm makhluk Allah yang lain mungkin :]

Nana Liena said...

cerita ni bestkan? hehe..tengok sambil gelak2..nasib ada 7 orang ja dlam pawagam

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©