Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari dalam kenangan tapi ...

wira wirawati harapan bangsa,tiba masa kita berjasa,kita sahut cabaran,bergerak seiringan,demi mencapai wawasan ~

eh?! hee maafkan saya,silap channel ><
dah nak masuk 3 hari tak nyanyi lagu KHIDMAT NEGARA,tu yang jadi macam tu hahah -,-
Alhamdulillah,saya telah selamat menamatkan PLKN di Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari pada 14 Julai 2012,Sabtu, dengan jayanya :D

Rasa happy gila sebab dah habis PLKN ni,lepas ni tak payah nak fikir pasal tu dah. .Pada yang tangguh PLKN tu,hangpa jangan ingat hangpa boleh terlepas HAHAH tunggu laa giliran hangpa lepas ni :p *gelak jahat* . Tapi kalau aku kat kem yang lama confirm akan cakap 'taknak balik rumah' sebab kem lama lagi best dari kem baru ni. Aku ada pengalaman masuk 2 kem PLKN,hang ada? :3

Dekat kem PLKN yang baru ni,kompeni aku ialah Kompeni BRAVO! sebelum tu,meh aku nak share kami punya sorakan :D

Bravooo ~ Bravooo ~ Siapa hebat kami tahu (2x) Siapa gentar kami tahu (2x)
Jangan takut,Jangan malu. (2x)
Bravooo ~ Bravooo ~ Terlajak perahu boleh undur (2x) Terlajak kata sendiri tahu (2x)
Kalau cabar kami sahut (2x).

BRAVOOOOOO!
BOOM SHAKALAKA BOOM SHAKALAKA!
BRAVOOOOO!
BOOM BOOM BOOM YES!
BRAVOOOO!
BRAVO BRAVO BRAVO TERBAIKKKKK!

Gempak Gempak BRAVO! Macho Macho BRAVO! Cantik Cantik BRAVO! BOOM BOOM CAK! BOOM BOOM CAK CAK! BOOM BOOM CAK! BOOM BOOM CAK CAK! BRAVOOOOO! Takde masalaaaah :D

BRAVOOO PINK PANTHER!!
TENET TENET,TENET TENET TENET TENET TENEEEEEEEEEEEEEET,TENENENENEEET ~

BRAVOOO! WHAT IS YOUR PROFESSION?! UWEEKK UWEEEKK :D

kay,yang lain aku dah lupa sikit ><
kat sana,aku dapat pengalaman main tali rendah. ha? tali rendah? meh nak tunjuk ~


ha ni salah satu contoh elemen tali rendah,kalau satu kumpulan ada 20 orang,20 orang kena stay atas satu tayar tu haha tak gile ke?! kalau jatuh,diibaratkan dah kena makan dengan buaya -,-

Aku ada pengalaman membersihkan tanah wakaf,tau tak tanah wakaf tu apa? haaa tanah perkuburan Islam dekat Sri Changkat,Kampung Gajah Perak. Sebenarnya kubur tu dah lama sejak tahun 1990 kalau tak silap. Kampung tu pun still baru lagi sebab kata AJK Khairat Kematian tu orang duduk kat kampung tu sebab berpindah dari kampung sebelah yang dilanda banjir ~ Rasa insaf seh bersihkan kubur tu,ada kubur bayi kembar yang baru lahir. Kecik je kubur arwah. Bayi tu dua2 lelaki. Ada pakcik sorang ni pesan,bila kita lalu dekat mana mana kubur,hendaklah kita memberi salam 'Assalamualaikum ya ahli kubur muslimin serta muslimat'. Kalau kita bagi salam,arwah akan doakan kita. kalau kita sombong!,taknak bagi salam,arwah akan berkata 'Celakalah kau!,satu saat nanti kamu akan ke'sini' juga' Jadi kawan-kawan,jangan lupa bagi salam tau bila lalu didepan tanah perkuburan :)


2nd,tali tinggi. tali tinggi ni contohnya Flying Fox! 

Wirajaya,wirajaya tu semua pelatih kena masuk hutan + perjalanannya sejauh 10km ! Aku masuk je hutan tu,penuh dengan PACAT >< Actually aku ni memang geli bagai nak gila ngan pacat ni,pacat bukit bukan macam pacat warna hitam yang biasa kita jumpa tau,saiz dia lagi besar,berbelang coklat dan hitam ~ Tapi bila dah masuk hutan tu,macam dah lali ngan pacat yang beratus2 ekor tu,nampak pun buat tak tau je,tapi kalau naik atas kaki aku,sepantas kilat aku buang,kuis guna kayu >< Alhamdulillah,sekor pun tak gigit aku :D Plus,ada one time,kami kena redah paya yang berlumpur sampai paras lutut,rasa macam banyak gila pacat berenang-renang dalam kasut spike boots aku hahaha walhal takda pun pacat dalam boots tu. .Member2 aku semua kena gigit ngan pacat,aku dengan Sarah + Zack je yang tak kena :p Yang lain sampai 5-6 ekor,pacat kenyang XD

Lepas dah keluar hutan,kami semua kena memasak untuk makan tengahari,masak sardin,telur 2 biji,5 ekor ikan masin,nasi 2 pot untuk 5 orang makan :O.





Aku kat kem baru ada jawatan - Leader wirawati Bravo,kalau dekat kem lama,kompeni Charlie hee :) aku jadi leader sebab menggantikan leader yang lama,Nur sebab dia nak sambung belajar. Seriously,2 hari pegang jawatan memang stresssssss! tak tipu,I don't know why -,- lama lama biasa sudah ^^ ada anak buah yang nakal semua but dorang memang terbaik!

Kompeni terbaik Kumpulan 2 siri 9 2012 Kem Akademi Kepimpinan Segari jatuh ke tangan Kompeni Charlie :) Congrats!!

Masa hari Jumaat iaitu hari perasmian penutup oleh komandan,kami semua ada buat perbarisan,persembahan flying fox,selamat pagi sayang dan ombak - american wave - memang gempak!










Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

No comments:

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©