Dugaan Hebat.


3 hari berturut-turut pakai baju t-shirt kadet bomba. .Hari Jumaat memang kena pakai gambar sebab nak tangkap gambar untuk buat banner Johan kawad kaki tu. .Memang pagi tu semua happy, buat pose tu, buat pose ni. Aku pinjam kamera Mizan kejap untuk tangkap gambar. Bila dah selesai tangkap gambar, kami semua naik kelas. Aku cakap kat Mizan 'nanti hang upload gambar yang aku tangkap tadi tau' Mizan 'hang bawak balik lah kamera ni, aku nak upload internet lambat'. Aku 'okay *ambik kamera*'. 

Masa waktu PP, aku bawak sekali kamera Mizan tu pergi makmal komputer & cikgu mengamuk sebelum mengajar sebab budak2 yang masuk kawad daerah tu tak masuk kelas tambahan yang mula pukul 2 tu semalam(Khamis). Ehem, termasuk aku. Ada 5 orang tak masuk. Yang masuk tu pun tak bagitau kami pun yang depa nak masuk kelas tambahan. Aku dengan yang lain TAKTAU pun ada kelas waktu tu. .Serius, cikgu mengamuk. Nasib baik cikgu tak mention nama aku. .

Lepas waktu PP, aku yakin, aku bawak keluar sekali kamera Mizan tu, aku letak kamera tu sebelah pencil case aku tu kat atas rak kasut. Bila aku dah selesai pakai kasut, aku bawak pencil case aku dengan Folio PA. Aku nampak Aina dengan Fatimah jalan dulu, aku pun ikut lah depa. Separuh jalan, aku baru teringat yang kamera Mizan tu takda dekat tangan aku. Aku lari pergi makmal komputer balik dan ada Malini je kat situ (orang terakhir kat situ). Puas aku cari tapi dah tak jumpa. Aku tanya Malini, dia kata tak nampak pun...

Serius, aku menagis. Menangis kat depan semua budak kelas aku. Aku serba salah. Aku takut Mizan marah. Tapi Mizan kata 'Takpa, biar jelah. benda dah jadi'. First time, aku hilangkan barang hak milik orang. Takut. Takut Mizan marah kat aku. Dengan Folio PA aku banyak gila salah. Tapi ramai yang support aku masa tu. Thanks kawan :')

Ramai syak ada bukdak kelas aku jugak yang ambil kamera tu. .

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

1 comment:

Nana Liena said...

hurm..susah juga kan..kamera org..huhu..nasib mizan tak mengamuk..huhu..dugaan tu dik..sabar banyak2 ya.. :)

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©