Alhamdulillah, Tak Ku Sangka Tak Ku Duga.


Ya, pagi tadi berlangsungnya Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba, Kawad Hos dan Kawad Hos dan Penyelamat.

Pagi tadi bila aku sampai je dekat balai pengawal sekolah, ramai dah yang dok sibuk kiwi kasut boots. Ha tulah hangpa, dah nak kawad baru kalut nak kiwi kasut kan -,- Yang penat nya, dalam masa 15 minit macam tu, ada je yang panggil aku sebab nak gunakan khidmat aku. Kejap kejap ; ''Fiza Fiza,tolong masukkan getah dekat seluar ni'' kejap kejap ; ''Fiza Fiza, tolonglah ikatkan tali kasut ni'' kejap kejap "nak Fiza tolong". Yang paling tak tahan, macam ni pun ada ; "Woi,mai ah cepat tolong aku ikat tali kasut ni" Nampak tak yang aku amat diperlukan sangat time tu? okay enough.

Kami p Balai Bomba Kamunting pukul dalam pukul 7.45pagi macam tu lah then sampai sana around 8pagi. Sampai je kat sana dah ada sekolah lain yang sampai dulu. Lepas kami sampai, sekolah SERATAS [SM Sains Raja Tun Azlan Shah] pulak yang sampai. Cuma ada 5 buah sekolah je yang bertanding.

First time dalam sejarah aku berkawad, baju tshirt bomba yang aku pakai kena bawak masuk dalam seluaq -,-. Bila dah take-in, tudia aihh. Skema + Poyos cerita dia. Lawak pun ada -,- Tapi pagi tadi semua buat bodoh je. Apa kami pedulik? mihmihmih. Amir [Ketua Platun] p cabut undi & YES kami dapat giliran nombor 5. Kiranya second last lah tu. Kami pun tak suka awal sangat & lambat sangat. Banyak kali jugak hujan pagi tadi. Lebat. Sempat jugak main hujan sekejap HAHA. Syok !

Aku jadi penanda kanan. Memang agak nervous jugak lah jadi penanda. First time jugak tu. Sepatutnya aku stay kat barisan belakang tapi tukar tempat last minute sehari sebelum bertanding. Bacaan doa dilakukan supaya semuanya berjalan lancar ketika kawad. Kawad pun bermula. Nervous. Sejuk tangan. Waktu tu pun masih hujan lagi. Tak rintik,tak lebat. 

Ku akui, ada yang tak sama. Perlahan jalan, phew. Aku rasa nak maki je sebab tak sama ._. sebab hujan je, darah aku tak naik sepenuhnya. Selesai kawad. Tak yakin boleh menang. Saingan senget. Semua muka frust sebab agak berterabur masa kawad tadi. Masing-masing positifkan diri. Laungan 'What what what, Simpang!' menggegarkan seluruh balai bomba. Menaikkan kembali semangat yang telah pudar. Cewah.

Seterusnya, kawad hos individu lelaki dan perempuan pun bermula. Yuzaima dan Farah, Amir dan Izzan - peserta kawad hos individu. Serius weh, depa yang buat kawad hos, aku yang nervousss. Izzan memang ada pesaing dari SABK Maahad Tarbiah. Semuanya nak buat catatan masa yang terpantas. Silap langkah, boleh bergulung peserta tu dalam gulungan hos -,-

Kawad hos dan penyelamat berpasukan [L] [P], memang best ! Aku pun tak tau nak cerita macam mana. Masing - masing bagi semangat ! Oh ya, breakfast nasi lemak dekat balai bomba tadi memang awesome, sodap gilos. Alhamdulillah.

Detik yang mencemaskan sudah tiba. Siapa yang akan merangkul gelaran sebagai JUARA. *bunyi drum* Pemenang tempat ketiga ialah SABK Maahad Tarbiah. Masa tu ramai yang diantara kami fikir yang berkemungkinan kami akan dapat nombor 2. Pemenang tempat kedua jatuh kepada SMK.... Kamunting ! Eh, apa ni?! Kenapa bukan SMK Simpang?! On the spot, kami semua fikir yang kami hanya menduduki tempat keempat ataupun kelima. Mungkin waktu tu, semua fikir 'bukan rezeki kami'



Juara kawad kaki disandang oleh...... SMK SIMPANG !!!! YaAllah, adakah kami semua bermimpi disiang hari?! Percaya atau tidak, bahawa kami menduduki tempat pertama dalam kawad kaki daerah LMS :'D

Alhamdulillah, syukur kepada-Mu yaAllah. Rezeki menyebelahi kami semua. Semua rasa nak melompat kegembiraan, nasib masa tu ada dalam baris. Kalau tak, mesti semua dah peluk antara satu sama lain.

Kawad hos individu [L] - Izzan dan Amir dapat NAIB JOHAN ! begitu jugak dengan kawad hos individu [P] - Farah dan Yuzaima dapat NAIB JOHAN ! Kawad hos dan penyelamat [L] takda rezeki nak menang :( Tapi, kawad hos dan penyelamat [P] dapat JUARA ! Mengalahkan SMK Treacher Mathodist !

Ada satu lagi berita gembira, aku & 8 orang kadet bomba SMK Simpang dipilih untuk mewakili daerah Zon Perak Utara untuk pertandingan kawad kaki peringkat negeri Perak ! Alhamdulillah :') dan akan bertanding pada 16 April 2013. Ada 2 minggu je lagi. Ni satu peluang untuk isi markah kokurikulum aku :))

Bukan mudah untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik. Berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang lebih baik.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

6 comments:

puteri maahad said...

tahniah ! :) gud luck untuk kawad yg seterusnya :)

Hafiza Izati said...

Terima kasih ! insyaAllah :)

aishah zawani said...

Assalamualaikum, new follower here. hehe

good luck ye. :)

*minta follow balik bole?
*wink wink

Hafiza Izati said...

Waalaikumsalam :)

Nana Liena said...

hehe..kira okay juga la tu.tahniah.. :)

Choda said...

TAHNIAH :'D aku bangga weh,, rugi x p tgk hr tu

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©