Keputusan STPM Penggal 2.


Semalam result STPM semester 2 dah keluar.
Pagi semalam, semua kecoh pasal result. Aku disini watlek watpeace. Tapi dalam hati, gelabah ayam.
Mana taknya, semester 1 dah kecundang. 3 paper aku kena repeat. Repeat weh repeat. Takkan semester 2 punya exam pun aku nak kena repeat jugak. Ohh tidak. Duit banyak takpa.


Masalah kewangan pun menghantui diriku ini. Tambah bulan puasa. Poket pun puasa jugak.
Lepas 19jam result keluar pukul 12.01am malam semalam, pukul 9.30pm aku baru check result kat portal MPM. Nak check pun kena tutup mata, tutup skrin lappy tau haha nervous nyahh.

Alhamdulillah, ada peningkatan dari semester 1. Kalau semester 1, Sejarah gagal tapi semester 2 dapat B-. Okaylah tu kan? Bersyukur sangat. Semester 3 kena buat yang super duper lebih baik.

Pesanan untuk pelajar Tingakatan 6 rendah, hangpa jangan main-main masa semester 1 ni. Buat exam sehabis baik, jangan fikir 'boleh repeat'. Nanti diri hangpa yang susah, macam akak ni haa #eh.

Man Jadda Wajada.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

3 comments:

izzati shahidan said...

chaiyok chaiyok !! haha

hafiz hafizol said...

sy bekas student stpm. tapi masa tu x diperkenalkan lagi sistem sem1 sem2 nie.. Aku 1 ujian besar je..


all the best =)

Hafiza Izati said...

InsyaAllah :)

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©