Melepaskan Rindu.

 

Sekejapnya harini dah Selasa. Cuti 5 hari dah berlalu. Untung aku tak ada homework, tak ada kelas tambahan. Hanya menunggu semester 3 bila buka sekolah nanti :)

Hari Ahad, 26 Mei. Fatimah, Izzati, Husna, Hazimah, Arafah & aku keluar sama-sama. Nak lepaskan rindu yang telah berkubu lama dihati. Sweet gitu. Lepas dah berkumpul semua, 1st place yang kami pi, Tesco, hahaha. .Nak shopping barang dapur keee? Tak. Kami pi beli coolblog. Ada 3 orang gilakan coolblog. Aku, Fatimah & Husna :3


From left ; Fatimah, Me & Husna

Sebenarnya, beberapa hari sebelum nak keluar sama-sama tu, aku & Husna tak berapa sihat sangat. Selsema laa, sakit tekak laa. Izzati tak bagi aku & Husna ber-coolblog sebab nanti melarat katanya. Tapi ku tak peduli. Dah alang-alang dekat situ, coolblog, benda wajib yang aku kena beli :3

Lepas dah ber-coolblog, kami pergi Dynamic bookstore kat Taiping sebab aku & Izzati nak menghabiskan baucer 1Malaysia tu :3 That day, serius cuaca PANAS. Alhamdulillah, daripada hujan? Ha, kan tak dapat nak keluar bersama-sama hahah. .Dah habis borong guna baucer, kami pergi tempat yang paling special lah kat Taiping, Lake Garden @ Taman Tasik Taiping. Suasana yang indah. Kehijau-hijauan. Dekat dengan Bukit Larut @ Maxwell Hill. Kalau orang luar Perak ni, rasa nak joging, nak daki bukit, photoshoot, nilah tempatnya |Promote.

Apa lagi, takkan orang kahwin je nak photoshoot kat situ, kami pun nak jugak :D Seriously, hari Ahad tu ramai gila pengantin photoshoot kat Taman Tasik.





Sikit je gambar, tak boleh banyak-banyak hahaha. Lepas dah bergambar, kami pergi Tesco semula sebab nak mengisi perut yang lapaaaar. Lepak food court lah makan Nasi Ayam :D

Lepas dah habis makan, nak dekat pukul 7 jugak lah baru otw nak hantar Fatimah balik rumah. Rumah aku lah yang paling jauh antara semua yang pergi haritu. 20km mungkin? Hati rasa sebak kot bila hantar Husna balik rumah. Hantar Izzati pun macam tu jugak. Idk why. Rindu sangat kot sebab dah lama kami tak jumpa.

Pukul 7.35pm macam tu baru aku sampai rumah. Alhamdulillah cuaca baik haritu. Tak hujan.

Dear Friends, I miss you :')


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

3 comments:

Arina Azman said...

Jom la join giveaway saya & promote kpd semua org ^^ http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/06/sticky-p0st-annyeong.html

ira said...

syoknyer...nak ikut..:D

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©