Kawad.


Sejak awal bulan Februari haritu, aku telah diajak oleh cikgu Kadet Bomba sekolah menengah aku dulu untuk ajaq kawad. Tediaa, dah habis sekolah pun khidmat aku masih diperlukan. *lap airmata. Terharu ye terharu. Aku ni dulu masa Lower & Upper 6 tade lah macam hyperactive sangat. Only certain cikgu je yang notice kewujudan aku. Wahahaha k dush.

Actually, yes. I like it. Memang waktu ini yang aku tunggu-tunggu. You know, sejak aku dari Form 1 sampai lah Form 2, kerja berkawad je. Tak pernah pun nak ajar bagai. Naik Upper 6 baru ajar kawad KAPA. 1 kelebihan yang Allah bagi pada aku, aku ada suara yang kuat. Alhamdulillah. Sejak PLKN dulu, asal suruh bagi arahan kawad je, "Fiza lah Fiza lah", suara-suara tegar yang selalu nak kenakan aku hakhak. Masa ni jelah pun aku nak buli habis habisan Junior aku. Bila lagi kan huihui :3

Petang tadi pun ada latihan kawad lagi. Tapi, ketua platunnya takda sebab buat PBS kata mereka -_- Jumaat, Sabtu & Ahad lepas ada kem dekat sekolah. Yang join kem tu Kadet Bomba, KRS & Kadet Polis. Aku pergi kem tu sebab jadi fasilitator jaga anak-anak dara kat situ. Hari Sabtu tu, kawad dari pagi sampai ke malam. Apa lagi, aku regging depa habis lah cerita dia. Push Up, berguling, suruh peluk papan lepas tu cakap Iloveyou hakhak. Balik rumah hari Ahad, terus sakit tekak. Antara sebabnya, marah budak-budak tu tak berhenti, minum ais 3 hari 2 malam tanpa henti dan jerebu. Sekarang, tak berapa sihat haha -_- Tapi takpa, sesi membuli tetap diteruskan :B

Aku memang minat kawad. Idk. Memang dah sebati dalam hidup gue. Aku memang jenis yang tak kisah kalau kulit gelap sampai berbelang muka. Bila aku buka specs, macam pakai topeng. Yelah, specs aku ada perlindungan cahaya matahari. Jadi, part bawah mata tak kena cahaya. Dan mungkin aku jenis yang lasak sebab tu minat benda gini agaknye. Setiap kali kem kat sekolah dulu memang tak pernah ketinggalan. Aku dah mula berjinak dengan kem sejak aku sekolah rendah. Pengakap der heheh. Masuk sekolah menengah pun masih Pengakap, naik Form 5, habis Kadet Polis punya kawad pun aku join :D Kem paling best dan paling lama, of course kem PLKN, 3 bulan hakhak. Kem Bomba peringkat negeri tahun lepas pun best jugak, 4 hari 3 malam.


Belakang tu semua Fasi masa kem haritu. Me, baju merah. Heh.
Junior aku yang paling ramai budak Form 6.

InsyaAllah, 15 Mac 2014 ni, junior aku dah nak lawan kawad. Hopefully depa still maintainkan rekod juara kawad 4 kali berturut turut hihi. Allahumma ameen. Oh ya, next week aku ada exam. Peperiksaan Ulangan STPM semester 3, 2 papers. *pengsan. May Allah ease everything. 

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

4 comments:

zakira afina said...

hehe semoga dipermudahkan yee untuk exam tu :D lasak jugakk eh ;)

Niena Reen said...

Saya pun suka kawad tapi jarang join. Hehehe...

Hafiza Izati said...

@zakira afina Hihi insyaAllah, thanks! :D

Hafiza Izati said...

@Niena Reen Meh join sekali hakhak :D

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©