Pagi, 8 Mac 2014.
Aku lepak dengan mama. Sembang-sembang sambil tengok TV. Tetiba macam kena mini heart attack, nak luruh jantung. Nafas macam terhenti kejap. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur - Beijing, H I L A N G. Allahurabbi. Harini dah masuk hari kedua masih lagi tak jumpa. Yang ada hanya tumpahan minyak dekat laut. Itu pun belum tentu lagi minyak kapal terbang, baru dalam kajian. Macam-macam soalan bermain kat fikiran aku. Kapal terbang tu tak sampai dekat Beijing pun.
Innalillah. Macam-macam spekulasi orang cakap. Dah tenggelam dalam laut sejauh 3km ke dalam lah, all dead lah, meletup lah, berkecai lah, hijacked lah, keluarga mangsa dah tahu yang kapal terbang tu dah tenggelam lah, media tak nak umumkan lagi lah. Entah. Please lah, jangan buat andaian sendiri lepas tu sebarkan tanpa rasa bersalah. Fikirkanlah pasal keluarga mangsa. Imagine that, mak ayah kita, abang, kakak, adik kita dalam dalam pesawat tu. Lepas tu orang lain boleh buat andaian sendiri, of course lah kita marah plus lagi sedih. Trauma.
Social networks. Macam-macam jugak yang aku baca. Yang positif baguslah. Tapi yang negatif ni, haihh. Sedap tekak depa ja update status/tweet yang merapu. Dalam masa sehari, ramai yang jadi pakar kapal terbang. Salahkan pilot bagai. Ada yang nak cari publisiti murahan. Nak jana likes dan followers semata. Tak tau dah nak cakap apa. Aku cakap takda perasaan kang, ada yang sentap.
Sekadar taip #PrayForMH370 je tak cukup. Selesai solat, berdoalah pada Allah semoga Allah permudahkan urusan anggota keselamatan untuk cari pesawat tu. Kalau mereka masih hidup, kurangkanlah rasa dahaga dan lapar mereka. Jika tidak, berikanlah petunjuk supaya jasad mereka dapat ditemui dan disemadikan. Allah Maha Mengetahui. Kun Faya Kun. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuan-Nya. Segala ujian dan dugaan yang kita hadapi ini adalah kerana Allah nak naikkan darjat kita di sisi-Nya :')
Teruskan berdoa. Jangan lelah. Lakukannya demi Allah. Allah sebaik-baik Penolong. Allah sebaik-baik Pelindung. Doa itu adalah senjata. Minta pada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Allahumma ameen.
Al-Fatihah.
#PrayForMH370
Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?
2 comments:
Yes betul tuh ! Kita perlu seiringkan dgn perbuatan , bukan cakap dan tulis sahaja :) May Allah ease everything , allahumma ameen !
@Nurhazlin Hussein InsyaAllah, ameen :)
Post a Comment