Hari Khamis yang sangat bahagia :')


Frist
Waktu Pengajian Perniagaan kat sekolah tadi belajar macam biasa, sebelum 10minit waktu habis. Cikgu Syariza selaku guru kelas aku buat surprised ! Cikgu belikan kek coklat & hadiah ! Tapi hadiah tu bukan untuk aku, untuk kawan-kawan aku yang lahir pada bulan Januari. Aku yang lahir bulan September pun ter'surprise' sekali HAHA sebab sebelum ni cikgu tak pernah pun buat macam tu kat Kelas 6RSB dulu, mungkin sekarang cikgu nak bagi semangat untuk belajar kat budak2 6ASB. 

Walaupun dapat makan sikit je kek tu, tapi aku bersyukur sebab tengok cikgu & kawan-kawan yang lain happy, senyum, buat lawak, gelak, calit krim kek dekat member-member lain :'D

Second
Bila dah masuk kereta lepas habis sekolah, abah aku cakap yang kakak sulung aku dah keluarkan tanda untuk bersalin ! :O AWALNYA! sepatutnya kakak aku nak balik & bersalin kat Taiping ESOK, JUMAAT, tapi dah ada tanda pulak, doktor ada cakap yang kakak aku tak dibenarkan balik Taiping sebab risau tak sempat atau dalam erti kata lain kot2 nanti kakak aku terberanak atas highway ~ 

5.30pm tadi aku dan keluarga dapat khabar yang kakak aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuannnn ! ALHAMDULILLAH YaALLAH :'D Aku bersyukur sebab kakak aku tak rasa sakit sangat beberapa jam sebelum bersalin dan semasa bersalin. Kali ni kakak aku lahirkan anak yang ke-3 ! Alhamdulillah :') 

Anak saudara aku tu keluar dari rahim seminggu lebih awal dari yang dijangkakan. Amboi, tak sabar nak keluar lettew ye :p Maksu tak sabar nak cium baby ! HAHAH. Esok mama aku nak pergi KL tengok kakak & baby tu tapi aku nak ikut jugaaaaak! :'O nak ikut nak ikut nak ikut ! Esok sekolah... macam mama nak bagi aku pergi :'( Nak pegang baby jugak maaa....

Aku bersyukur kepada-Mu, YaAllah. Engkau telah memberikan 'hadiah' dan rezeki kepadaku.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

4 comments:

ANISRAHIM said...

kihkih dpt merasa x kek coklat surprise tu? :D

Hafiza Izati said...

mesti laa dapat :D ada orang offer ~ rezeki jangan ditolak :p

Unknown said...

Baiknyer ckgu dye ;) sy powm lhir september gark :D

Hafiza Izati said...

hihi :3 yekeee? berapa hari bulan? tahun? :p

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©