Tekanan Belajar.

Moshi moshi :3
Melihat kepada entri yang sebelum ni, aku memang tengah dilanda tekanan belajar sampai nak gugur semua rambut. Mana taknya, memikiorkan kerja kursus yang 'senang' tu. Dalam otak ni asyik fikir nak berhenti tingkatan 6 je. Cikgu sejarah aku kata, kalau kita anggap sesuatu kerja tu susah, maka susahlah dan sebaliknya. Tapi aku dah anggap benda tu senang tapi still terasa susah, acano?
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggal bahu. kan? Buat apa nak berhenti tingkatan 6? Takkan nak buat kerja separuh jalan je kan? Aku dah pasang niat siap-siap dah yang aku nak teruskan tingkatan 6 ni walau apa pun yang jadi. 


Bak kata cikgu sejarah aku "Sekali harung ja!" dan beliau menyambung hujahnya iaitu sejak kita dalam rahim ibu, kita dah berjanji yang semasa kita hidup ni, kita akan menghadapi macam macam macam macam cabaran. Sebab tu, sesetengah bayi yang meninggal dunia semasa dilahirkan, dia tak sanggup nak hadapi cabaran kat dunia ni. Allah S.W.T jugak tak suka pada orang yang cepat putus asa. Nabi Muhammad S.A.W berdakwah menyebarkan Islam secara terang terangan dengan pelbagai cabaran selama 10 tahun
Jadi, kenapa aku tak boleh kan? Satu tahun setengah je pun nak habiskan tingkatan 6 lepas tu, 4 tahun dekat universiti. Lebih kurang 5 tahun lebih je lagi. Selagi ada usaha, kejayaan tu akan jadi milik kita. InsyaAllah :)
TAK ADA ISTILAH TAK BOLEH & PUTUS ASA. JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN KERANA KITA MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG TERSENDIRI.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

No comments:

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©