Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.

Sebenarnya dari semalam lagi aku sibuk cari KOTAK PENSIL. Yelah, rabu ni kan dah start sekolah,kotak pensil tu memang aset terpenting tau! Then, tengahari tadi aku kemas satu bilik aku semata-mata nak cari kotak pensil. Penat ohh! hahaha akhirnya!, tak jumpa pun, sadlife. Tapi aku jumpa yang ni ....



Aku tak pernah teringat yang aku ada simpan. Kalau ada isi takpelah jugak tapi tak pun, semua dah guna. RM100 lebih jugak tu, phew. Kayap ~

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Long Time No Update


Bismillahirrahmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Waaaaaaaaaaa! Rindunya nak updateeeeeee! Blog sayang, aku rindu hang tahuuu! Habis je exam sem 1 bulan lepas, duduk kat rumah 3 hari je then shiuuuu pergi Kualalalala Lumpur, rumah kakak sulung aku. Sementara cuti sekolah panjang ni, boleh tolong jaga 2 orang anak saudara aku, Nisa & Alya. Duduk rumah kat KL memang bosan sebab aku boleh sengaja tak bawa lappy pergi sana Y_Y Sebelum pergi KL, broadband belum sempat bayar, tu yang tak bawa dengan alasan "bawa lappy pun bukan boleh buat apa sangat" dah lah dengan tak bawak lappy, duduk tingkat 4, macam rajin sangat aku nak turun bawah. Tunggu kalau nak keluar jalan-jalan baru turun bawah HAHA. Lama jugak aku duduk sana, dari minggu pertama cuti sekolah sampai lah hari selasa lepas, 25 Dis 2012.

Masa awal duduk kat KL tu, tempat pertama yang aku pergi, Shah Alam! nampak tak aku macam excited kat situ? Haaaa sebab sekutu aku tinggal kat sana. Nama dia Risa *bukan nama sebenar* Ri! baca tak post Mel ni?? hahahah. KAMI LANGSUNG TAK PERNAH BERJUMPA, dah hampir 3 tahun kami berkawan, contact pun by phone or FB je. .Eh? tau tak sekutu tu apa? Macam best bestfriend gitu, aww :D Tapi... tak dapat pun jumpa dia masa pergi Shah Alam tu... Sedih kat hati, Allah jelah yang tahu... hmm.. Tapiii, insyaAllah kita akan jumpa jugak suatu hari nanti :)

Duduk rumah kakak, makaaaaaan je kerja aku. Pagi2 makan nasi lemak,tengahari makan nasi atau mi segera,malam tu menu dia pasti bukan nasi melainkan kalau makan kat kedai ngan family kakak. Balik Taiping, timbang.. tudiaaa naik sekilo habaq hang hahah. Oh ya, sepatutnya aku balik awal bulan Disember haritu tapi mama tak bagi aku balik awal sebab kena tolong kakak aku yang tengah pregnant kemas barang2 untuk pindah dekat rumah baru. Sebab tu dah nak habis bulan Disember baru balik Taiping. Cehh konon nak balik awal, bila dah balik Taiping, menangis aku sorang2 dalam bilik sebab rindukan anak2 sedara aku tu -,- Masa 22/12/2012, mama aku datang KL sebab nak tinggal kat rumah lama kakak aku semalaman. katanya lepas ni dah tidur rumah baruuu ~ hahah macam2 mak aku ni :D At least,masa ambik mak aku kat Puduraya, terubat lah sikit rindu ni :')


Pernah ke tengok muka aku sebelum ni? hahah ni lah tuan tanah blog ni & yang sebelah aku tu, my cutest niece, Alya.


25 Disember 2012, aku balik ke Taiping dengan mak naik bas Konsortium. Nak habaq mai, pemandu bas tu... YaRabbi, mulut tu memang tak beradab. Cakap kasar! Pakcik, cuba cakap tu lemah lembut sikit, tak lah hati saya ni sakit dengar pakcik marah orang sana sini. Saya doakan pakcik berubah yee....

Minggu depan dah buka sekolahhhh. asdfghjkl --' Serius! aku memang tak puas cuti! Alhamdulillah lah tahun depan *macam lama je tahun depan,padahal lusa* last aku belajar kat sekolah tu selama 6 tahun setengah. InsyaAllah, aku tanam azam yang aku TAK NAK main2 lagi untuk semester 2 ni. Aku nak lebih fokus. Harapan; 2014, teringin saaaaaaangat nak masuk UiTM Shah Alam.. dekat dengan kakak, dekat dengan Risa! even sekarang Ri tengah belajar kat UiTM Segamat :'D
Entri aku terpanjang tahun ini, ada ke yang nak baca? hahahah nevermind. Asalkan aku happy yaya happy happy yaa *teringat pulak lagu masa kem Pengakap -,-*

p/s; Salam takziah kepada keluarga Herman Sophiaan Amier aka Asan yang telah pulang ke rahmatullah pada bulan Jun 2012. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. I miss you so much, bro :'( Al-Fatihah....
Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

STPM.



Assalamualaikum,Hai,Hello,Kon'nichiwa.
Lama jugak aku tak update blog ni. Maklum lah, dah masuk alam persekolahan balik, form 6. Tawaran masuk tingkatan 6 ni memang amat bermakna buatku, nampak tak skemanya? yelah, memandangkan result SPM aku tak berapa memuaskan. Orang lain masuk Matrikulasi, universiti & Politeknik, aku je masih di sini. sobs. Tulah, dulu main-main, nak buat ulangkaji malas tahap tenuk. Sekarang ni makannya.

Btw, tau dak yang STPM Penggal 1 ni dah lain? semua ada 3 penggal sampai tahun depan. Rasanya semua dah tau kot. Jadi, aku batch yang pertama guna sistem baru ni. Sistem ni sebenarnya dah tak bergantung 100% peperiksaan dan kami semua calon STPM ni ada exam setiap hujung penggal. Lepas tu, semua markah ni ditambah tolak,darab,bahagi untuk dapatkan keputusan penuh masa akhir penggal ke 3 nanti. Aku ni dah la kelas Sejarah, wooo boleh pengsan !

Tambah pulak, nak examnye minggu depan okay minggu depan ! 5 November 2012. Berperang sama dengan calon2 SPM haha. Tulah hangpa,asyik dengan bebudak SPM nak ambik exam, yang bebudak STPM ni dilupakan. Sadlife. Yang agak menyedihkan jugak, mentang-mentang aku ni masuk Pra-U lambat sebab pergi PLKN haritu, angka giliran aku 1077. YE ! 77 ! Tu maknanya aku orang yang paling laaaaaaaaaaaaaaaaaaaast sekali. Campur sekali dengan budak2 kelas Ekonomi. Bebudak STPM Penggal 1 sekolah aku ada 77 orang lettew. Pfttt. Kelas Ekonomi dah la tak ambik Sejarah, bila exam nanti tinggal aku dengan kawan aku lagi sorang je dalam kelas tu. Oh ya, kami jawab exam dalam kelas sebab dewan tu budak2 SPM guna. Takpe, asalkan aku boleh jawab dengan tenang. InsyaAllah

Doakan saya ye? :') Wish me luck!



Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

"Tahniah! Anda Terpilih Untuk Menyertai Program Latihan Khidmat Negara"

Assalamualaikum. .
Hello beloved readers!!! :D
Harini dah hari yang ke 6 umat Islam berpuasa :'D Alhamdulillah kita masih dapat hidup kat atas bumi ni :)

Okay! Berita aku harini nak cakap pasal PLKNNNNN!! #TakHabis2DenganPLKN
alaaa,bElOg IteW bIaR JeLaRRH #getreadynakbalingkasutkataku..
Entri ni KHAS ye K H A S untuk bebudak yang dapat PLKN Siri 10/2013. .Meh sini akak cewah akak tau ~ nak cakap sikit pasal PLKN. .Berdasarkan pengalaman aku yang dah pernah pergi PLKN,kalau tak percaya boleh baca ENTRI NIII dan INI JUGAAAAK ,Hangpa jangan takut laa nak p situ ~ Setakat ni belum ada berita yg mengatakan bahawa cikgu2 kat PLKN tu makan wira & wirawati,setakat ni dorang still makan nasi ye. .

Kebaikan/Kelebihan PLKN

  1. Sebelum bertolak ke kem,hangpa akan diberi RM10 *jangan cakap byk,ambik je*
  2. Makan 6 kali sehari - sarapan,minum pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam,minum malam
  3. Hangpa akan dapat raaaaaaaaaamai kawan yang superb awesome!
  4. Fying Fox - Tali Tinggi
  5. Tali Rendah
  6. InsyaAllah solat tak tinggal bagi yang Muslim
  7. Hangpa akan ditentukan sama ada masuk Kompeni Alpha,Bravo,Charlie atau Delta
  8. Elaun RM450 *jangan byk bunyi,bersyukur*
  9. Khidmat Komuniti
  10. InsyaAllah,makanan sedap2 belaka
  11. Tempat tidur yang selesa *bergantung pada sesetengah tempat*
  12. Baju TAK PAYAH bawak banyak-banyak
  13. Merasa pakai baju Celoreng PLKN,Baju Kelas PLKN,T-shirt PLKN
  14. Menembak menggunakan M16,penembakan sebanyak 30 butir peluru
  15. Wirajaya - aktiviti masuk dalam hutan
  16. Perkhemahan - masak semua sendiri okaaaay 
  17. Bagi yang merokok,kalau rasa nak berhenti,join PLKN!
  18. Ikhtiar Hidup
  19. Malam kebudayaan
  20. Hari Ahad anda tidak akan diganggu - REST!!
Setakat ni,ni jelah yg aku boleh bagitau. .Kalau nak tau lagi,pergi dulu. .baru tahu macam mana rasa masuk PLKN. .Yeah,maybe hangpa akan kata "eleh,semua tu kat rumah aku pun boleh buat" Mungkin jugak kalau rumah hangpa sebesar tapak Kem PLKN. .Tapi pengalaman tu tetap tak kan sama :) Aku pesan awal-awal,1st until 2nd weeks hangpa akan rasa merana kat situ. .Lama kelamaan hangpa akan rasa "SYOK GILEEEEEE" 
Hari terakhir kat PLKN nanti,aku pasti! Tak kisah hang lelaki atau perempuan akan menitiskan airmata yang berderaaaaaaai ...


Nampak tak muka kegembiraan saya tu? :p

Sekian,sampai disini sajeeeee. .


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Mereka Rindukan Saya..

Assalamualaikum pembuka bicara,Salam hormat dan salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger yang tinggal di luar mahupun di dalam Malaysia *ayat bunge2*
Jadi,puasa hari yg kedua ni macam mana? Kalau aku,so far so good :D Masa kat sekolah dulu,pantang nampak muka student yang ceria+riang confirm kena attack dengan budak2 yang puasa sebab budak2 yang muka ceria+riang ni tak puasa katanya - "muka kenyang"
Hey! pandai laa hangpa nak judge orang yang puasa ni tak puasa ehhh. .Eee sakit pulak jantung hati kite =='

Harini entri aku nak cerita pasal "Mereka Rindukan Saya"
Siapakah gerangan yang meniduriku merinduiku? *untunglaa ada orang yang rindu*
Sebelum tu,jom tengok capture yang kat bawah ni :)





Kalau nampak words 'manje/anje',abaikaaaaaaan. .Buat2 tak nampak perkataan tu tau ~


Okay,insan2 di atas ni laa yang rindukan saya. Ecewah :') Memang terharu gilaaa!
Yeah,kami hampir dah emm 3/4 bulan tak jumpa since ambik result SPM bulan Mac haritu,then aku pulak pergi PLKN 2 bulan lebih. So sad.. Balik je dari PLKN,aku dapat tau dorang dah sambung belajar. .I'm really happy for them even ada rasa sedih jugak sebab tak dapat nak jumpa dorang :) Nak jumpa pun mungkin Hari Raya nanti. .


Kami selalu lepak sama-sama bila waktu habis sekolah iaitu kat kantin sekolah hahah XD Kami rapat sejak masuk kawad Kadet Polis tahun 2011. .Aku tak sama kelas ngan dorang pun,cuma Izzati & Husna yang satu kelas. .3 orang tu semua budak Sains,aku je budak Akaun >< 
Hedzrina - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar
Husna -  Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
Izzati -  Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

Aku ada gambar ngan Izzati,Husna,Hedzrina :)



Me & Izzati


Me & Husna



Me & Hedzrina


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Ramadhan Datang Lagi..

Assalamualaikum ya warga blogger sekalian. 
Harini ada berita gembira iaitu 

esok puasa!!!

Amacam? Hangpa dah ready ke belum nak puasa ni? Puasa tahun lepas yang hangpa tinggal tu sempat ganti tak? ish3. .
Lagi beberapa jam je lagi nak bersahur ni hahah agak2 kalau hangpa terbabas nak sempat nak sahur,malam ni makan siap2. .Tapi selalunya pagi nanti confirm lapar. Serius! Sebab tu kita kena bersahur :3

Masa sekolah rendah selalu puasa penuh. .Dah masuk alam remaja ni memang tak pernah full pun. Sobs T_T. Memang rasa rugi kalau tak puasa dalam bulan Ramadhan ni. .Setahun sekali je bulan ni datang. .Tahun depan belum tentu lagi sempat sambut ke tak. .Jadi,mulai esok,kenalah bersungguh-sungguh jalankan kewajipan sebagai seorang muslim yang sejati, Cewaaah ~ betul laa kan?! 

Tapi jangan laa separuh jalan je,maksud aku... lepas bulan ramadhan pun kena bersungguh-sungguh jugak laa,bukan tamat sampai bulan Ramadhan ni je. Alright? :D

Soooo,malam ni kalau hangpa nak tidoq,jangan lupa niat puasa sama,kot2 tak bangun sahur nanti,kita masih dalam niat puasa lagi ;D


"Gambar di atas telah diedit dari yang asal DAN ianya hak milik Hafizahairuddin" ^^'


"Puasa yang yang yok,
Pagi pagi bukak periuk.."

PERHATIAN!! Jangan praktikkan pantun di atas semasa dibulan Ramadhan. AMARAN KERAS!!

Sekian. Wabillah ^^

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

MY CRUSH :O

Helloooooooo :D

Straight to the point ~ dekat PLKN kan,aku kan,ada kan,ada crush :3 First time nampak dia kat dalam kelas kenegaraan,dia err handsome (?) tak tak tak kot. .Sedap mata memandang agaknya? Secara jujurnya,aku selalu usha dia ha ha >< 
Mende? Salah ke nak suka dia? Suka je pun,belum sayang lagi ~ Sayang as kawan! Oh ye,Kami satu kompeni,Bravo. "Kita kan sahabat" :p

Emm nama dia dalam IC bermula dari huruf M dan berakhir dengan huruf N :D dia tak tahu pun yang aku suka dia just kawan aku sorang je yang tahu,nama dia Fishah. KALAU hangpa nak tau nama dia,nama dia lebih kurang bf sekutu saya,Risa. .kalau nak tau tanya dia :p nak tengok ke gambar dia? haa japppp...



Mr.Saxobeat.

p/s : entah bila nak confesss feeling dekat dia ~ better tak payah kot :]

Honestly,
Hafiza.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari dalam kenangan tapi ...

wira wirawati harapan bangsa,tiba masa kita berjasa,kita sahut cabaran,bergerak seiringan,demi mencapai wawasan ~

eh?! hee maafkan saya,silap channel ><
dah nak masuk 3 hari tak nyanyi lagu KHIDMAT NEGARA,tu yang jadi macam tu hahah -,-
Alhamdulillah,saya telah selamat menamatkan PLKN di Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari pada 14 Julai 2012,Sabtu, dengan jayanya :D

Rasa happy gila sebab dah habis PLKN ni,lepas ni tak payah nak fikir pasal tu dah. .Pada yang tangguh PLKN tu,hangpa jangan ingat hangpa boleh terlepas HAHAH tunggu laa giliran hangpa lepas ni :p *gelak jahat* . Tapi kalau aku kat kem yang lama confirm akan cakap 'taknak balik rumah' sebab kem lama lagi best dari kem baru ni. Aku ada pengalaman masuk 2 kem PLKN,hang ada? :3

Dekat kem PLKN yang baru ni,kompeni aku ialah Kompeni BRAVO! sebelum tu,meh aku nak share kami punya sorakan :D

Bravooo ~ Bravooo ~ Siapa hebat kami tahu (2x) Siapa gentar kami tahu (2x)
Jangan takut,Jangan malu. (2x)
Bravooo ~ Bravooo ~ Terlajak perahu boleh undur (2x) Terlajak kata sendiri tahu (2x)
Kalau cabar kami sahut (2x).

BRAVOOOOOO!
BOOM SHAKALAKA BOOM SHAKALAKA!
BRAVOOOOO!
BOOM BOOM BOOM YES!
BRAVOOOO!
BRAVO BRAVO BRAVO TERBAIKKKKK!

Gempak Gempak BRAVO! Macho Macho BRAVO! Cantik Cantik BRAVO! BOOM BOOM CAK! BOOM BOOM CAK CAK! BOOM BOOM CAK! BOOM BOOM CAK CAK! BRAVOOOOO! Takde masalaaaah :D

BRAVOOO PINK PANTHER!!
TENET TENET,TENET TENET TENET TENET TENEEEEEEEEEEEEEET,TENENENENEEET ~

BRAVOOO! WHAT IS YOUR PROFESSION?! UWEEKK UWEEEKK :D

kay,yang lain aku dah lupa sikit ><
kat sana,aku dapat pengalaman main tali rendah. ha? tali rendah? meh nak tunjuk ~


ha ni salah satu contoh elemen tali rendah,kalau satu kumpulan ada 20 orang,20 orang kena stay atas satu tayar tu haha tak gile ke?! kalau jatuh,diibaratkan dah kena makan dengan buaya -,-

Aku ada pengalaman membersihkan tanah wakaf,tau tak tanah wakaf tu apa? haaa tanah perkuburan Islam dekat Sri Changkat,Kampung Gajah Perak. Sebenarnya kubur tu dah lama sejak tahun 1990 kalau tak silap. Kampung tu pun still baru lagi sebab kata AJK Khairat Kematian tu orang duduk kat kampung tu sebab berpindah dari kampung sebelah yang dilanda banjir ~ Rasa insaf seh bersihkan kubur tu,ada kubur bayi kembar yang baru lahir. Kecik je kubur arwah. Bayi tu dua2 lelaki. Ada pakcik sorang ni pesan,bila kita lalu dekat mana mana kubur,hendaklah kita memberi salam 'Assalamualaikum ya ahli kubur muslimin serta muslimat'. Kalau kita bagi salam,arwah akan doakan kita. kalau kita sombong!,taknak bagi salam,arwah akan berkata 'Celakalah kau!,satu saat nanti kamu akan ke'sini' juga' Jadi kawan-kawan,jangan lupa bagi salam tau bila lalu didepan tanah perkuburan :)


2nd,tali tinggi. tali tinggi ni contohnya Flying Fox! 

Wirajaya,wirajaya tu semua pelatih kena masuk hutan + perjalanannya sejauh 10km ! Aku masuk je hutan tu,penuh dengan PACAT >< Actually aku ni memang geli bagai nak gila ngan pacat ni,pacat bukit bukan macam pacat warna hitam yang biasa kita jumpa tau,saiz dia lagi besar,berbelang coklat dan hitam ~ Tapi bila dah masuk hutan tu,macam dah lali ngan pacat yang beratus2 ekor tu,nampak pun buat tak tau je,tapi kalau naik atas kaki aku,sepantas kilat aku buang,kuis guna kayu >< Alhamdulillah,sekor pun tak gigit aku :D Plus,ada one time,kami kena redah paya yang berlumpur sampai paras lutut,rasa macam banyak gila pacat berenang-renang dalam kasut spike boots aku hahaha walhal takda pun pacat dalam boots tu. .Member2 aku semua kena gigit ngan pacat,aku dengan Sarah + Zack je yang tak kena :p Yang lain sampai 5-6 ekor,pacat kenyang XD

Lepas dah keluar hutan,kami semua kena memasak untuk makan tengahari,masak sardin,telur 2 biji,5 ekor ikan masin,nasi 2 pot untuk 5 orang makan :O.





Aku kat kem baru ada jawatan - Leader wirawati Bravo,kalau dekat kem lama,kompeni Charlie hee :) aku jadi leader sebab menggantikan leader yang lama,Nur sebab dia nak sambung belajar. Seriously,2 hari pegang jawatan memang stresssssss! tak tipu,I don't know why -,- lama lama biasa sudah ^^ ada anak buah yang nakal semua but dorang memang terbaik!

Kompeni terbaik Kumpulan 2 siri 9 2012 Kem Akademi Kepimpinan Segari jatuh ke tangan Kompeni Charlie :) Congrats!!

Masa hari Jumaat iaitu hari perasmian penutup oleh komandan,kami semua ada buat perbarisan,persembahan flying fox,selamat pagi sayang dan ombak - american wave - memang gempak!










Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Kem PLKN Tangkas Kendiri dalam ingatan..

EXERCISEEEEE GO!!

Assalamualaikum pada semua wira & wirawati,salam perpaduan dan salam 1 Malaysia!!
Malaysia Boleh!!
ni laa akibatnya bila masuk PLKN,terbawak-bawak sampai dalam blog,hikhik ><. Sebulan jugak laa aku tak update blog,pergi berkhidmat untuk negara laa katakan :p

2 May 2012,aku ditempatkan di Kem PLKN Tangkas Kendiri,Kuala Kangsar. Hari pertama kat kem tu takde aktiviti pape pun just buat pendaftaran,dapat baju celoreng,buku,tuala,pakaian dalam,baju+seluar PT,kasut kelas+sukan,baju kelas dll. .Aku dapat kompeni CHARLIE pastu bilik aku kat dorm Pacu. Sampai sekarang aku tak tau apa maksud Pacu tu hahahah! Aku masuk je dorm,budak2 dari Kelantan dah sampai dari 1 May. 3 May budak2 dari Ipoh pulak yang datang. Aktiviti bermula pada hari Isnin.

Kawan? Of course laa ada! semua sporting gila! Biar aku mention nama yang rapat dengan aku - Fika,Dayah,Rina,Aina,Nurul,Anis,Mya,Siti,Kak Bella,Syira. Yang lain-lain tu tak rapat sangat tapi still stay dalam satu dorm. Jom usha sikit suasana dorm aku.
ni masa tengah relax2 lepas solat maghrib

sebelah aku still kosong

cantik tak dorm aku? hahah

My beloved bed! I miss you so much!

Masa kem dulu,mula-mula aku jadi ketua wirawati Charlie yang tak rasmi HAHAH lepas tu jawatan tu diberi kepada Kak Bella,senior dalam dorm aku :) So,aku jadi penolong ketua platun 1 means penolong Kak Bella laa. .Kak Bella manyak shantekk ohh,nak tengok?
See,cantik kan?!

Berita buruk, Kem PLKN Tangkas Kendiri disita kerana pemilik kem gagal jelaskan hutang sebanyak RM1.__ juta. Memang sedih gila tak tau nak kata. .Masa nak berpisah ngan kawan-kawan,depa ja nangis banyak,aku sikit-sikit je. Bukan tak sedih tapi time tu hati keras sangat kot HAHA lastly,masa dah masuk kem baru,baru meraung tak terkata habaq hanggg T_T. Aku dapat kem baru kat Kem Segari,Manjung.
AKU TAK SUKA KEM TU LAA GILEE!!
Masuk kat semua surat khabar,berita jugak. .
p/s : dalam paper tu ada muka aku jugak tehee ><

Dalam kelas,Modul 1&2 memang terbaikkk! Best gila berbanding ngan kelas kat kem baru,membosankan. .Kelas kat kem lama kadang-kadang mengantuk jugak sebab tengok video yang boleh buat aku tertidur dalam kelas hahah. .Dalam kelas aku belajar macam mana nak menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri,menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain etc. Modul 3 aku tak sempat nak belajar sebab 4 hari aku kena tidur kat wad Hospital Kuala Kangsar,demam panas. Suhu masa tu 38.19!! Mau tak kena masuk wad haha. .Fyi,aku makan ubat batuk je,ubat2 lain yang jenis pil,aku buang dalam poket baju :D Aku ada masalah nak telan ubat yang besar-besar tu,mungkin tekak aku kecik! :D. Aku main macam permainan KAMIL KATA,TEPUK-TEPUK SEMANGAT,TEPUK-TEPUK SAYANG,TEPUK-TEPUK POWER WOOSH dll. Cikgu Faiz,cikgu paling handsome kat kem Tangkas Kendiri haha. Cikgu Arcbar,Cikgu D,Cikgu Jun memang cikgu yang sporting habis! Tak macam cikgu kat kem baru,agak bosan bila dalam kelas. Pembelajaran kat kem Tangkas Kendiri memang paling terbaik! 

Senamrobik best gila seh! 2/3 kali mana cukup,mesti wira&wirawati akan kata "nak lagiiiiii!!" hahah. Lagu femes masa senamrobik - Mr.sexobeat,Chamak Challo,Bonamana!! Kem tu jugak femes dengan lagu-lagu sedih yang layan perasaan. .Bila saat-saat sedih je,mula laa PA system bukak lagu menyentuh jiwa & raga basikal.

Kem PLKN Tangkas Kendiri,sebab hang laa aku dapat ramai kawan-kawan,aku dapat pengalaman yang tak kan aku dapat kat mana-mana dah,dapat dorm yang selesa,surau yang indah,makanan yang sedap - nasi goreng dengan kangkung rebus yang for sure takde kat kem lain,koperasi yang jual Choki2 - buat aku ketagih nak makan tiap2 hari,dewan makan yang selesa,kelas yang bagus,cikgu-cikgu yang baik,kawasan bersih,hutan dalam kem yang ada pokok durian.. Confirm TAK KAN ada kat kem yang baru ni. .









PLKN Tangkas Kendiri Terbaikkkkkkkk !!!!!!

P/s; Why oh why kem tu tak disita lepas tamat latihan?! Sobs.
Tagline Cikgu Fiza - Boleh tara tu?

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

PLKN + Tingkatan 6

Assalamualaikum.
Rindu sama blog! apatah lagi nak blogwalking! Stop nak buat entri since aku ambik result SPM bulan 3 haritu. Takde moodkah? frustkah? Takde ideakah? Apakah?
So,result SPM aku tak berapa baik tapi boleh diterima rasanya kalau ada satu A- , yang lain2 tu tak perlu kot nak inform kat sini. Tak pasal2 automatically aku jadi DOWN . Ya Allah,tak suka perasaan tu.

Anyway,semalam aku dah berhenti kerja sebagai sales assistant bertauliah selama 3 bulan 24 hari. Damn,sedih siot habaq hanggg! nak menangis pun ada. woot! bukan sebab aku nak meninggalkan pekerja tersayang melayang tu tapi AKU TAK DAPAT GAJI LAGI! Sila kasihani saya. Sobs.

tetiba ada lambang PLKN disitu.

Ya. This 2 May 2012,saya salah satu diantara beratus ribu Pelatih PLKN yang terpilih 
Memang dari Tingkatan 1,aku memang nak sangat pergi PLKN. Aku dapat rasa yang pengalaman kat PLKN tak sama dengan dunia luar. Mana tahu kalau dapat bakal suami,menggatal puihh. Harap sangat dapat ramai kawan2 baru. Kawan2 yang lama sila jangan 'small your heart' kerana hangpa tetap terpahat didalam hati aku,aww!
Thank you,Allah :')


Dan! saya dapat masuk Tingkatan 6. Alhamdulillah,sebab result SPM tak berapa okay,ni lah masanya aku nak memperbetulkan apa yang aku buat selama ni like kurang bagi tumpuan dalam kelas etc.

p/s ; Kalau aku pergi PLKN 2 Mei,habis Tingkatan 6 aku macam mana pulak? Anyone? Help meeee,pleaseeee :'(


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

ESOK?! RESULT SPM?! apa semua ni?!!

Assalamualaikum :)

just nak bagitau kat hangpa semua ...
esok, 21 Mac 2012, saya Norhafiza Izati Binti Hairuddin, akan mengambil keputusan SPM pada pukul 10 dan ke atas tapi cikgu suruh ambik pukul 12pm - 1pm. .
aku tak nak laa ambik awal-awal,biar orang lain ambik dulu HAHA. .KALAU result aku tak okay,aku nak menghilang dari alam siber ni #CakapJe.
Perut aku asyik kecut je dok memikior pasal result ni T_T

AKU NERVOUS WEH!!



"YaAllah YaRabbi YaKarim
Berikanlah aku dan sahabat sahabatku yang lain keputusan yang cemerlang..."

aminnn..

warga blogger semua,doakan kejayaan saya dan kawan2 saya ye :)

nanti kalau dah dapat result,aku akan buat entri lagi ehee ~

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Lagu?

Tonight I want all of you tonight
Give me everything tonight
For all we know we might not get tomorrow
Let's do it tonight

eh?! eh haiiiii Assalamualaikum #gigit kuku
Sorry sebab syok sangat layan lagu :D yelah kan,kalau dah tak tau nak buat apa sangat mesti hangpa pun dengar lagu jugak kan? tak baik tipu! Tuhan marah tau!

Lately jarang dah aku nak update blog sebab masa tak mengizinkan. So hari ni nak buat entri,cuci-cuci blog sikit yang dah berhabuk ni ;)
Bawah ni list lagu-lagu yang selalu aku dengar. .

Opick - Rapuh
LMFAO - Party Rock Anthem
Boyfriend - I'll be there
Boyfriend - Let's get started
Boyfriend - Don't touch my girl
Christina Perri - A thousand years
Katy Perry - Teenage dream
GX4 - Kerana kasihmu
Zizan ft. Kaka - Bawaku pergi
Katy Perry - Last friday night
1 Direction - What makes you beautiful
Neyo - One in a million
Najwa Latif - Kosong

Tudiaaaaa! tapi paling aku suka lagu Opick & Najwa Latif sebab lagu dorang macam relax je :)

Lirik Kosong by Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Ooo..woo~
Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong ..


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Freebies Cursor TROLL FACE


Hari ni aku rasa macam nak bagi freebies cursor kat korang laa. .
Hangpa tau tak troll face tu apa? Alaa muka yang tapehape tu laa,yang tak tau meh aku nak tunjuk kat bawah ni-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nah ambik kau !!-
-
-
-
-
-
Actually banyak lagi troll face selain dari yang atas ni. .Tapi paling popular yang atas ni lah aku rasa ~
Yang rasa-rasa nak cursor troll face boleh usha entri ni sampai HABIS !


http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi220.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi219.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi218.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi217.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi216.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi215.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi214.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi213.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi212.png

 
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi210.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi209.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi208.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi206.png



Fuhh ! Amacam? Ada yang berminat? Tak tahu macam mana nak letak cursor ni?

-> Log in > Design > Add A Gadget > Html/Javascript
-> Copy kod kat bawah ni dan Paste kat ruangan Html/Javascript tu


<style>body {cursor:url(URL CURSOR), url(URL CURSOR), auto;} </style><a href="LINK BLOG KORANG" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>

Contoh :

<style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png),
url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png), auto;} </style><a href="http://awesomeseptember.blogspot.com" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>


-> Save !

Dah jadi? bagitahu Fiza and say YEAYYYY !!! (Y) HAHA. Kalau yang tak jadi tu maybe something wrong somewhere :|
Siapa-siapa yang nak ambik boleh je,kata pun freebies kan :)

wasalam ~


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©