Bismillahirrahmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Assalamualaikum.Waaaaaaaaaaa! Rindunya nak updateeeeeee! Blog sayang, aku rindu hang tahuuu! Habis je exam sem 1 bulan lepas, duduk kat rumah 3 hari je then shiuuuu pergi Kualalalala Lumpur, rumah kakak sulung aku. Sementara cuti sekolah panjang ni, boleh tolong jaga 2 orang anak saudara aku, Nisa & Alya. Duduk rumah kat KL memang bosan sebab aku boleh sengaja tak bawa lappy pergi sana Y_Y Sebelum pergi KL, broadband belum sempat bayar, tu yang tak bawa dengan alasan "bawa lappy pun bukan boleh buat apa sangat" dah lah dengan tak bawak lappy, duduk tingkat 4, macam rajin sangat aku nak turun bawah. Tunggu kalau nak keluar jalan-jalan baru turun bawah HAHA. Lama jugak aku duduk sana, dari minggu pertama cuti sekolah sampai lah hari selasa lepas, 25 Dis 2012.
Masa awal duduk kat KL tu, tempat pertama yang aku pergi, Shah Alam! nampak tak aku macam excited kat situ? Haaaa sebab sekutu aku tinggal kat sana. Nama dia Risa *bukan nama sebenar* Ri! baca tak post Mel ni?? hahahah. KAMI LANGSUNG TAK PERNAH BERJUMPA, dah hampir 3 tahun kami berkawan, contact pun by phone or FB je. .Eh? tau tak sekutu tu apa? Macam best bestfriend gitu, aww :D Tapi... tak dapat pun jumpa dia masa pergi Shah Alam tu... Sedih kat hati, Allah jelah yang tahu... hmm.. Tapiii, insyaAllah kita akan jumpa jugak suatu hari nanti :)
Duduk rumah kakak, makaaaaaan je kerja aku. Pagi2 makan nasi lemak,tengahari makan nasi atau mi segera,malam tu menu dia pasti bukan nasi melainkan kalau makan kat kedai ngan family kakak. Balik Taiping, timbang.. tudiaaa naik sekilo habaq hang hahah. Oh ya, sepatutnya aku balik awal bulan Disember haritu tapi mama tak bagi aku balik awal sebab kena tolong kakak aku yang tengah pregnant kemas barang2 untuk pindah dekat rumah baru. Sebab tu dah nak habis bulan Disember baru balik Taiping. Cehh konon nak balik awal, bila dah balik Taiping, menangis aku sorang2 dalam bilik sebab rindukan anak2 sedara aku tu -,- Masa 22/12/2012, mama aku datang KL sebab nak tinggal kat rumah lama kakak aku semalaman. katanya lepas ni dah tidur rumah baruuu ~ hahah macam2 mak aku ni :D At least,masa ambik mak aku kat Puduraya, terubat lah sikit rindu ni :')
Pernah ke tengok muka aku sebelum ni? hahah ni lah tuan tanah blog ni & yang sebelah aku tu, my cutest niece, Alya.
25 Disember 2012, aku balik ke Taiping dengan mak naik bas Konsortium. Nak habaq mai, pemandu bas tu... YaRabbi, mulut tu memang tak beradab. Cakap kasar! Pakcik, cuba cakap tu lemah lembut sikit, tak lah hati saya ni sakit dengar pakcik marah orang sana sini. Saya doakan pakcik berubah yee....
Minggu depan dah buka sekolahhhh. asdfghjkl --' Serius! aku memang tak puas cuti! Alhamdulillah lah tahun depan *macam lama je tahun depan,padahal lusa* last aku belajar kat sekolah tu selama 6 tahun setengah. InsyaAllah, aku tanam azam yang aku TAK NAK main2 lagi untuk semester 2 ni. Aku nak lebih fokus. Harapan; 2014, teringin saaaaaaangat nak masuk UiTM Shah Alam.. dekat dengan kakak, dekat dengan Risa! even sekarang Ri tengah belajar kat UiTM Segamat :'D
Entri aku terpanjang tahun ini, ada ke yang nak baca? hahahah nevermind. Asalkan aku happy yaya happy happy yaa *teringat pulak lagu masa kem Pengakap -,-*
p/s; Salam takziah kepada keluarga Herman Sophiaan Amier aka Asan yang telah pulang ke rahmatullah pada bulan Jun 2012. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. I miss you so much, bro :'( Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment