STPM.



Assalamualaikum,Hai,Hello,Kon'nichiwa.
Lama jugak aku tak update blog ni. Maklum lah, dah masuk alam persekolahan balik, form 6. Tawaran masuk tingkatan 6 ni memang amat bermakna buatku, nampak tak skemanya? yelah, memandangkan result SPM aku tak berapa memuaskan. Orang lain masuk Matrikulasi, universiti & Politeknik, aku je masih di sini. sobs. Tulah, dulu main-main, nak buat ulangkaji malas tahap tenuk. Sekarang ni makannya.

Btw, tau dak yang STPM Penggal 1 ni dah lain? semua ada 3 penggal sampai tahun depan. Rasanya semua dah tau kot. Jadi, aku batch yang pertama guna sistem baru ni. Sistem ni sebenarnya dah tak bergantung 100% peperiksaan dan kami semua calon STPM ni ada exam setiap hujung penggal. Lepas tu, semua markah ni ditambah tolak,darab,bahagi untuk dapatkan keputusan penuh masa akhir penggal ke 3 nanti. Aku ni dah la kelas Sejarah, wooo boleh pengsan !

Tambah pulak, nak examnye minggu depan okay minggu depan ! 5 November 2012. Berperang sama dengan calon2 SPM haha. Tulah hangpa,asyik dengan bebudak SPM nak ambik exam, yang bebudak STPM ni dilupakan. Sadlife. Yang agak menyedihkan jugak, mentang-mentang aku ni masuk Pra-U lambat sebab pergi PLKN haritu, angka giliran aku 1077. YE ! 77 ! Tu maknanya aku orang yang paling laaaaaaaaaaaaaaaaaaaast sekali. Campur sekali dengan budak2 kelas Ekonomi. Bebudak STPM Penggal 1 sekolah aku ada 77 orang lettew. Pfttt. Kelas Ekonomi dah la tak ambik Sejarah, bila exam nanti tinggal aku dengan kawan aku lagi sorang je dalam kelas tu. Oh ya, kami jawab exam dalam kelas sebab dewan tu budak2 SPM guna. Takpe, asalkan aku boleh jawab dengan tenang. InsyaAllah

Doakan saya ye? :') Wish me luck!



Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

4 comments:

Sa Michaisi said...

Goog luck ye sis, hehe . Buat yang terbaik ;)

licha liza said...

wish u all the best ya..

Hafiza Izati said...

Thank you :'D

shedameor said...

goodluck ! do your best :)

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©