Jujurlah bangang. Aku tak mengapa.


3 Januari 2014.
Kucing aku selamat memberanakkan anak sulungnya pada tengah malam waktu kami sekeluarga sedang tidur dan kucing aku, Citam, dipercayai memberanakkan anaknya di atas katil abah aku.


Kiri - 2 hari.
Kanan - 20 hari.
Memey, nama diberi. Dia lahir 3 Januari. Aku lahir 3 September. Dua-dua comel. Chemistry kuat kat situ. Eh.

Hari Khamis, 16 Januari 2014.
RESULT MUET keluar sebenarnya. Malam sebelum keluarnya result tu aku tekad taknak check guna SMS. Bentak hatiku hakhak. Bukan apa, macam tak xtreme check guna hp. P ambik sendiri result tu baru gempak. Member-member aku yang lain punya lah semangat tahap memerang check guna hp. Aishhh.

Keesokan paginya, pergilah sekolah dalam pukul 10am macam tu. Berkobar-kobar jiwa nak ambik result macam confirm dapat Band 6 huihui. Sementara nak menunggu pukul 11am, ada lah sembang-sembang dengan ex-classmates, dan depa majoriti dapat result yang sama. Hati aku pun...

"Em okay. Okay. Takpa. Tau dah. Aku pun sama lah ni. Confirm"

Sembang punya sembang, 11.30am baru nak pergi library sekolah sebab nak ambik slip tu. Jantung pong pang pong pang. Muka teacher macam tak berapa okay. Frust mungkin. Tak lama lepas tu...,

"Haa Hafiza, meh ambik your result ni" Kata Cik Nasima.
"Teacher, saya dapat Band 7 kan kan kan?" Buat lawak nak menyedapkan hati katanya.
"Ni result kamu, sign kat tepi nama kamu dlm namelist tu. Tahniah ye Hafiza" sambil mengukir senyuman.

Okay so, hangpa rasa aku dapat Band berapa untuk MUET?
Band 6!! Tolak 4 hakhakhak. Alright, ehem. Majoriti kelas aku dapat Band 2. Paling tinggi Band 3. Kelas Sains semua Band 3. Kelas aku hanya 2 orang yang dapat Band 3. Aku cukup bersyukur walaupun hanya sekadar Highest Band 2. Setidak-tidaknya, aku dah melayakkan diri untuk apply U even peluang tu agak nipis. No. pin untuk UPU dah mula dijual 20 Januari lepas sampai bulan April ni. Course pun aku tak habis survey lagi. Patut ke aku nak tunggu result sem 3 bulan depan baru nak isi UPU?
Alhamdulillah for everything. Allah itu Maha Adil. Aku percaya Allah tu dah sediakan yang terbaik untuk aku dan yang lain. Didik hati untuk bersangka baik pada Allah. Keep positive & never give up!
Err actually, tajuk entri takda kena mengena langsung gamaknye. Adios Amigos!
Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

3 comments:

Hafiza Izati said...

Yup. Allahu musta'an dan moga Allah perkenankan, ameen ^^

Niena Reen said...

Aloohh cutenya anak kucing. Ihiks! Setiap sesuatu tu bukan sia-sia. Mungkin nak bagi kita lebih berusaha pada masa akan datang. :D

Hafiza Izati said...

Tidur sekatil tau dengan kitten tu hahah yeah, ada hikmah disebalik semua ni, insyaAllah :)

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©