3 dalam 1.
Awas ! Entri Ini Panjang !
Cuaca kat Taiping panas seh. Eh, jap. Kat Malaysia pun kan? I guess. Berapa ramai dah kawan aku yang demam. Alhamdulillah setakat ni aku sihat lagi.
Apa yang 3 dalam 1? Kopi 3 layer ke? Yes, tak. Aku nak update pasal Hari Guru, Tingakatan 6 dan EXAM !
Sambutan Hari Guru dekat sekolah harini agak meriah jugak. Especially part Varan aka Ketua Pengawas + Ketua Pelajar buat pantun seloka. Something like, 'Bila pelajar kena rasuk, cikgulah bomohnya' HAHA lol dan yang pentingnya ada tarian yang dipersembahkan oleh Indian girls. Wuuu gempak nyah ! Hang mampu? Kemain joget lagi mereka. By the way, aku saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru Tadika, SK Laksamana, SMK Simpang, Kem PLKN Tangkas Kendiri dan Kem PLKN Segari. .Tanpa mereka, siapalah daku. Cewah okay enough.
Atas permintaan dari Miss Ena , dia nak tahu pasal Tingkatan 6 ni.
Yup, memang ramai students lepasan SPM akan takut | nak elakkan diri | gelabah ayam bila terpaksa pergi Tingkatan 6. Alah, setakat pakai unifrom sekolah je pun, macam tak biasa pulak kan? Yang penting, kita lagi SENIOR dari students Form 5 ~ muehehe
Form 6 ada 3 semester | penggal.
Sem 1, hangpa just belajar macam biasa je. Cerita dia, takda benda senang pun dalam dunia ni. Biar lah susah dulu, senang kemudian kan. Belajar lah macam biasa. Fokus penting ! Jangan main main ! Sem 1 bukan masa untuk honeymoon okayy. .Kalau tak, result sem 1 tak elok, kena repeat lepas habis Sem 3. Oh ya, satu paper = RM50. Jadi kalau yang dah terfikir nak memain, menabung lah ye. Aku nasihat ni sebab aku ni antara calon STPM yang KENA REPEAT lepas Sem 3 nanti. 3 papers okayy. Tulah, main lagi -,- Almaklumlah, Batch94 ni kan 1st batch yang guna sistem penggal memenggal ni. Tu yang asyik dok main ja ~
Sem 2, Haaa this sem memang agak mencabar sebab aku baru je lepas melalui Sem 2 ni. Kenapa mencabar? Sebab ada PBS. Kerja kursus gitu. Kalau aku yang ambil kelas Sejarah Bahasa ni [Kemanusiaan] , kami kena buat 3 PBS. What da heck. PBS Pengajian Am [PA], PBS Sejarah dan PBS Bahasa Melayu [BM]. Seriously akak aku cakap, masa yang MPM bagi, 3 bulan untuk siapkan semua tu. 'Eleh, 3 bulan ~ sempat lagi' Ha don't talk like that okay. Kalau hangpa memain, macam nak tambah lagi sebulan tahu.
PBS Pengajian Am. Kalau aku, aku dapat tema 'Perniagaan'. Kalau yang Batch95 ni, tak sure tema yang sama atau tak. Hangpa kena buat kerja lapangan = Buat borang soal selidik, temubual untuk dapatkan maklumat dan ditaip dalam esei ilmiah. Panjang esei ilmiah = 5000 patah perkataan tak termasuk jadual,carta pai, lampiran, sinopsis, kandungan dan penghargaan. Ha, Dah gelabah lettew. [Pembentangan dilakukan beberapa hari/minggu selepas menghantar kerja kursus anda. Dipersembahkan dalam bentuk POWERPOINT. Baca je apa yang anda telah taip dalam powerpoint tu. Nanti guru pemeriksa akan beri respon seperti bertanyakan soalan dan memberikan komen]
PBS Sejarah. Sama jugak macam PBS PA. Semua ada 13 tema tapi MPM akan kelaskan hanya 2/3 tema sahaja. Kalau aku, aku buat tentang Sejarah Perubatan dan Kesihatan. Panjang esei ilmiah = 3000 patah perkataan tak termasuk nota kaki, jadual dan bibliografi. [Pembentangan dilakukan beberapa hari/minggu selepas menghantar kerja kursus anda. Dipersembahkan dalam bentuk POWERPOINT. Baca je apa yang anda telah taip dalam powerpoint tu. Nanti guru pemeriksa akan beri respon seperti bertanyakan soalan dan memberikan komen]
PBS Bahasa Melayu. PBS ni hangpa akan buat tiap tiap minggu kot? Ikut sekolah lah. Ala, macam buat karangan BM tu haa. Tapi 600-650 patah perkataan. Terkehel jari. hahaha k tak lah, tipu. Kalau kurang dari 550, markah akan ditolak ! Semuanya ada 8 jenis esei berformat. Ceramah | Syarahan | Ucapan | Laporan | Memorandum | Minit Mesyuarat | Kertas Cadangan | Surat Kiriman Rasmi. Pstt, boleh rujuk buku ! Cuma isi tu jangan tiru bulat bulat dalam buku. Ambik main point sudah. Markah penuh = 25 markah untuk setiap esei. PERINGATAN ! kalau markah 20 ke bawah, mungkin hangpa kena repeat balik esei tu. Me, paling tinggi = 24 markah :D tapi lepas repeat lah dapat 24 tu Y_Y *bangga sat* k. [PBS BM tidak ada PEMBENTANGAN]
Semua PBS ni akan bantu hangpa untuk dapat pointer yang baik semasa peperiksaan semester 2.
Sem 3. Ha kalau yang ni, aku tak khatam lagi hahaha. Cuma Sem 3 pun ada PBS iaitu PBS Pengajian Perniagaan [PP] . Yang ni lagi dasyat dari PBS PA. Sebab apa? 10,000 patah perkataan weh ! Nak merapu apa dalam esei ilmiah tu? Haha.
PBS ni akan bantu hangpa untuk dapat pointer yang baik semasa peperiksaan semester 3.
To Dear Miss Ena, kalau ada apa2 yang tak faham, boleh tanya dekat komen, okay? ;)
____________________________________________________________________
Exam ! Minggu depan. Selasa hingga Khamis. Aku exam. K. Nak p berperang dah ni. Nak buat yang terbaik sebab aku taknak kena repeat apa apa untuk Sem 2. Sem 2 kalau tak buat yang terbaik, memang susah nak dapat pointer yang tinggi dalam STPM. Macam 'nyawa-nyawa ikan'.
Ya Allah Ya Rabbi, bantulah hamba-Mu ini untuk lulus dalam semua kertas peperiksaan. Aminn...
p/s : Lepas habis exam, cuti yang minggu kedua, Students Upper Six nak pergi Melaka ! heheh :3 Yeayy !
Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?
HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©
2 comments:
hai kak fiza..kekekeke >,<
Oi aina hahahaha jgn nak berakak sgt dgn aku xD
Post a Comment