Marching Time.

Penat sangat minggu ni. Jadi juru pantun 2 hari berturut turut. Alhamdulillah lah harini takda pertandingan tu. Minggu depan pulak tapi cikgu yang ambil alih kot sebab dah nak final. Dengan ini, aku nak bagitau yang PBS Pengajian Am aku masih tak siap lagi. Sepatutnya kena hantar harini tapi sibuk dengan kawad dari pagi sampai waktu balik tadi. Tak masuk kelas lah cerita dia.




Ehem. Dengaq kata, cikgu yang ajaq PA tu mengamuk sebab ramai yang tak hantaq PBS tu haghini ._. Sorry lah teacher ._. tak mau marah marah naaa. .

Esok. Hari yang amat mendebarkan. Apakah? Aku nak menikah ke? Yes, mestilah tak *kedip kedip mata*

Esok ada pertandingan kawad ! Kadet Bomba, SMK Simpang, Taiping, Perak ! Agak-agak sesiapa yang pergi sana esok, senang je nak cari aku dalam barisan. Aku jadi penanda kanan hadapan hihi. K.

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kalau tak dapat nombor 3, nombor 1 pun jadilah. Mihmihmih. Diharapkan latihan yang dah buat selama ni mendatangkan hasil yang baik walaupun waktu kawad peluh ni keluar tak henti. Aminn.

p/s ; Harap berat aku turun even sekilo selepas dah membakar segala lemak bagai dalam badan ku ini. |Mengharap. Skuad ! Keluar baris !

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

3 comments:

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©