AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH LAGI | FREEDOM


AWAS! ENTRI PANJANG 30CM!

Salam Jumuah Mubarokah. Semoga harini lebih baik dari semalam dan sentiasa dirahmati Allah SWT :)

Based on title, ada lagi ke yang fikir aku ni budak lepasan SPM? Kalau ada, nak kena tembak? -,- *betulkan tudung* Akak lepasan STPM okay hakhak. STPM IS OVER! 25 November yang lepas, aku baru je selesai peperiksaan ulangan semester 1. Alhamdulillah aku tak ambil ulangan untuk semester 2. Aku agak frust jugak sebab ulangan Sejarah soalan cam ....

Aku terfikir, kenapa MPM buat soalan gila macam tu. Dalam banyak-banyak yang aku baca, 1 soalan je yang mengena. Alhamdulillah, at least aku boleh jawab. Tapi yang lagi 3 soalan aku nak korek jawapan kat mana? :( Wallahi, aku berpeluh, pening, sakit kepala masa jawab ulangan Sejarah, 25hb tu. It's okay, keep positive Fiza! Mungkin nanti graf turun jadi boleh lulus. InsyaAllah.

Selama 7 tahun aku ada dekat sekolah yang sama. Dari Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 6. Even sekolah aku ni sekolah luar bandar, sungguh, banyak kenangan. Kenangan yang tak boleh dibeli. Allahu, serius aku dah mula rindu bila sekarang aku dah bergelar sebagai BPS [Bekas Pelajar Sekolah] hakhak. Aku akan rindukan kelas yang pernah aku duduk, makmal komputer yang nyaman, library yang tenang, makcik kantin yang tak bagi ambik sudu lebih, bilik seni yang berseni, makmal sains yang penuh dengan formula dan tandas yang pintunya kena ada orang jaga hakhakhak! Aku akan rindukan unit badan beruniform, kawad, ragging, ajar kawad, muka sunburn. Pengakap, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, aku akan rindu nak pakai semua baju uniform tu 

Pelajar Senior SMK Simpang, Taiping 2013, 6ASB.

Biar semua ada dalam memori 1001GB. Manisnya friendship kita macam gula kapas. Semoga Allah pelihara ingatan, memori dan persahabatan dari Tingkatan 1-6. Ukhwah fillah abadan abada, semoga Allah redha dengan persahabatan kita. Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi. Berjimbe di alam maya tidak segila dengan realiti. Jaga diri baik-baik kalian semuanya. Demi Allah, aku sayangkan mereka.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Esok bermulalah sebuah peperangan.

Hai uollls. Eee gedik sungguh -_- Berdasarkan post gua yang sebelum ni, gua ada menyatakan masalah nak beli handphone baru. Sooo, 12/10/2013 gua dah ada handphone baruuuu *goyang sikit* Handphone apa tu? Alhamdulillah, kini gua memiliki sebuah Samsung Galaxy SIII .


Gua dah cukup bersyukur okay. Nak menunggu 5 tahun baru pakai handphone baru bukan sesuatu yang mudah. Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah. Okay, bukan pasal handphone yang gua nak ketengahkan. Sebenarnya, hari esok. Ada apa dengan esok?

Kalau harini SPM, esok STPM Penggal 3. YaAllah, seram nyahh! Esok kertas Pengajian Am yang bermula pukul 8am sampai 10am dan sesungguhnya gua taknak reseat apa apa kertas pun dalam Penggal 3 ni. Cukuplah hanya Penggal 1. Rabbi Yassir Wala Tu'assir :')

Okay, nak study. Bismillah. Assalamualaikum :)

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Siapa tolong dia comel.



Rasanya dah hampir 6 Tahun aku guna hp Nokia 6288. Masa tu memang trend gilakan hp slide. Nampak 'so cool'. Guess what? Dalam masa 6 tahun tu, aku cuma repair 2 KALI JE. Hah, nampak sangatlah aku ni tuan yang baik kan? Aip, baik lah -_- Please don't deny it. *tiup kuku*



Tapi sekarang hp tu simpan dalam laci je mampu. Makin guna kang, tak ke tercabut 2 bahagian tu =,=
Yang paling tak tahan, kenangan yang tak dapat dilupakan, hp tu terkeluar dari poket aku dah terus terjun ke dalam longkang dan akhirnya terkeluar bateri sekali dengan simkad. Masa tu, baru beberapa hari dekat PLKN. Memang bad memory lah cerita dia. Terus jammed! Yang aku suka pasal hp tu, kamera dia clear okay. Text pun best, keypad dia susah nak tertanggal huruf. Dah 6 Tahun pakai, huruf A JE yang dah hilang hakhak.

Lepas tu, lepas hp tadi tu dah jammed sampai aku nak tangkap gambar sendiri pun tak boleh, aku beralih ke Samsung E1080F GSM Dual Band Dah kenapa panjang sangat nama dia nyahh. Boleh tahan lah hp ni, tahan lasak. Inbox boleh lock hakhak dan yang paling penting, ada torchlight. Memang sangat membantu aku nak cari lilin masa blackout haritu huihui.

InsyaAllah, aku ada terfikir nak beli hp baru. Weekend ni kot, maybe yes maybe no. Tapi aku still confuse nak beli hp apa. Aku nak minta pendapat hangpa lah bloggers yang comel & kacak lagi bergaya ni. Hp apa yang aku patut beli? Maklum lah, banyak sangat model hp, sampai aku taktau nak beli yang mana. Yang paling penting, bawah RM1k.

Pleaseeee, kalau ada cadangan bagitau ke kawe deh. Tau tau? *mata puss in boots*
Kalau ada yang best, dan aku pilih hp yang hangpa suggest tu, boleh lah aku promote blog hangpa kat entri aku nanti hakhak.

Jemput makan French Fries, bye.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Ayam.



Berkurun lama, ku rahsiakan cinta ku padamuuuu ~

Eh. *pakai tudung, specs, tempek bedak*
Ehem, hai uolls. Alelele rindu aku lah tu kan? hahahah baik mengaku! *asah pisau*

Beta rasa dah hampir 4/5 bulan beta tak update blog. Sibuk dengan aktiviti dekat sekolah. Bila dah Upper 6 ni kemain berlonggok kerjanya pun -,- Macam-macam dah yang berlaku like ;

- Trip to UKM & Melaka
- Trip to UUM & Padang Besar
- Kejohanan Sukan Pra-Universiti
- PP & BM, presentation
- My birthday on 3 September
- Dapat duit kutu
- Ada orang belanja makan
- Kakak sulung hamil lagi lepas melahirkan anak ke-3 Januari lepaih

Dan yang paling latest, hari Jumaat lepas, 4 Okt 2013 ada jamuan Majlis Tingkatan Enam (MAPTEN) yang berlangsung kat Hotel Legend Inn, Taiping. Trust me, it was a wonderful event! Event tu bertemakan 'Cute & Colourful'

Paling gempak, kelas aku 6ASB JUARA persembahan okayyy :3
Lagu Tegar, kami ubahsuai! Baru rare hahah. Nak tau lirik dia? Aku bagi part last kat hangpa.

Kami yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu junior sekarang kami senior. Dulu dulu dulu berbaju putih, sekarang pakai baju kuningggg // Cita-cita ku nak masuk IPTA [HEY!] Dulu ku main sekarang usaha lebih. Bersyukur kerna dapat guru Gred A, memberiiiiii ooooo memberi jalan ke IPTA ~

Amacam? heheh kreatif gitu nyahh. Actually pentas kat situ kecik okayy. Muat-muat je nak menampung classmates aku seramai 29 orang. Dah lah aku yang tepi sekali, silap langkah aku boleh tergolek tepi tu -_-

Nak share gambar tapi maybe next week sebab ada masalah teknikal sikit. Anyway, exam is around the corner. Bulan depan! YaAllah, seram okay seram.

p/s : Cute & Colurful, aku pakai baju Pink masa event haritu iaitu warna yang aku paling tak suka dulu. Yelah, dulu lasak. Hati kental. Sekarang baru nak terserlah keayuan.

Adios Amigos.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Keputusan STPM Penggal 2.


Semalam result STPM semester 2 dah keluar.
Pagi semalam, semua kecoh pasal result. Aku disini watlek watpeace. Tapi dalam hati, gelabah ayam.
Mana taknya, semester 1 dah kecundang. 3 paper aku kena repeat. Repeat weh repeat. Takkan semester 2 punya exam pun aku nak kena repeat jugak. Ohh tidak. Duit banyak takpa.


Masalah kewangan pun menghantui diriku ini. Tambah bulan puasa. Poket pun puasa jugak.
Lepas 19jam result keluar pukul 12.01am malam semalam, pukul 9.30pm aku baru check result kat portal MPM. Nak check pun kena tutup mata, tutup skrin lappy tau haha nervous nyahh.

Alhamdulillah, ada peningkatan dari semester 1. Kalau semester 1, Sejarah gagal tapi semester 2 dapat B-. Okaylah tu kan? Bersyukur sangat. Semester 3 kena buat yang super duper lebih baik.

Pesanan untuk pelajar Tingakatan 6 rendah, hangpa jangan main-main masa semester 1 ni. Buat exam sehabis baik, jangan fikir 'boleh repeat'. Nanti diri hangpa yang susah, macam akak ni haa #eh.

Man Jadda Wajada.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Melepaskan Rindu.

 

Sekejapnya harini dah Selasa. Cuti 5 hari dah berlalu. Untung aku tak ada homework, tak ada kelas tambahan. Hanya menunggu semester 3 bila buka sekolah nanti :)

Hari Ahad, 26 Mei. Fatimah, Izzati, Husna, Hazimah, Arafah & aku keluar sama-sama. Nak lepaskan rindu yang telah berkubu lama dihati. Sweet gitu. Lepas dah berkumpul semua, 1st place yang kami pi, Tesco, hahaha. .Nak shopping barang dapur keee? Tak. Kami pi beli coolblog. Ada 3 orang gilakan coolblog. Aku, Fatimah & Husna :3


From left ; Fatimah, Me & Husna

Sebenarnya, beberapa hari sebelum nak keluar sama-sama tu, aku & Husna tak berapa sihat sangat. Selsema laa, sakit tekak laa. Izzati tak bagi aku & Husna ber-coolblog sebab nanti melarat katanya. Tapi ku tak peduli. Dah alang-alang dekat situ, coolblog, benda wajib yang aku kena beli :3

Lepas dah ber-coolblog, kami pergi Dynamic bookstore kat Taiping sebab aku & Izzati nak menghabiskan baucer 1Malaysia tu :3 That day, serius cuaca PANAS. Alhamdulillah, daripada hujan? Ha, kan tak dapat nak keluar bersama-sama hahah. .Dah habis borong guna baucer, kami pergi tempat yang paling special lah kat Taiping, Lake Garden @ Taman Tasik Taiping. Suasana yang indah. Kehijau-hijauan. Dekat dengan Bukit Larut @ Maxwell Hill. Kalau orang luar Perak ni, rasa nak joging, nak daki bukit, photoshoot, nilah tempatnya |Promote.

Apa lagi, takkan orang kahwin je nak photoshoot kat situ, kami pun nak jugak :D Seriously, hari Ahad tu ramai gila pengantin photoshoot kat Taman Tasik.





Sikit je gambar, tak boleh banyak-banyak hahaha. Lepas dah bergambar, kami pergi Tesco semula sebab nak mengisi perut yang lapaaaar. Lepak food court lah makan Nasi Ayam :D

Lepas dah habis makan, nak dekat pukul 7 jugak lah baru otw nak hantar Fatimah balik rumah. Rumah aku lah yang paling jauh antara semua yang pergi haritu. 20km mungkin? Hati rasa sebak kot bila hantar Husna balik rumah. Hantar Izzati pun macam tu jugak. Idk why. Rindu sangat kot sebab dah lama kami tak jumpa.

Pukul 7.35pm macam tu baru aku sampai rumah. Alhamdulillah cuaca baik haritu. Tak hujan.

Dear Friends, I miss you :')


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

3 dalam 1.


Awas ! Entri Ini Panjang !

Cuaca kat Taiping panas seh. Eh, jap. Kat Malaysia pun kan? I guess. Berapa ramai dah kawan aku yang demam. Alhamdulillah setakat ni aku sihat lagi. 

Apa yang 3 dalam 1? Kopi 3 layer ke? Yes, tak. Aku nak update pasal Hari Guru, Tingakatan 6 dan EXAM !

Sambutan Hari Guru dekat sekolah harini agak meriah jugak. Especially part Varan aka Ketua Pengawas + Ketua Pelajar buat pantun seloka. Something like, 'Bila pelajar kena rasuk, cikgulah bomohnya' HAHA lol dan yang pentingnya ada tarian yang dipersembahkan oleh Indian girls. Wuuu gempak nyah ! Hang mampu? Kemain joget lagi mereka. By the way, aku saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru Tadika, SK Laksamana, SMK Simpang, Kem PLKN Tangkas Kendiri dan Kem PLKN Segari. .Tanpa mereka, siapalah daku. Cewah okay enough.

Atas permintaan dari Miss Ena , dia nak tahu pasal Tingkatan 6 ni.
Yup, memang ramai students lepasan SPM akan takut | nak elakkan diri | gelabah ayam bila terpaksa pergi Tingkatan 6. Alah, setakat pakai unifrom sekolah je pun, macam tak biasa pulak kan? Yang penting, kita lagi SENIOR dari students Form 5 ~ muehehe

Form 6 ada 3 semester | penggal.
Sem 1, hangpa just belajar macam biasa je. Cerita dia, takda benda senang pun dalam dunia ni. Biar lah susah dulu, senang kemudian kan. Belajar lah macam biasa. Fokus penting ! Jangan main main ! Sem 1 bukan masa untuk honeymoon okayy. .Kalau tak, result sem 1 tak elok, kena repeat lepas habis Sem 3. Oh ya, satu paper = RM50. Jadi kalau yang dah terfikir nak memain, menabung lah ye. Aku nasihat ni sebab aku ni antara calon STPM yang KENA REPEAT lepas Sem 3 nanti. 3 papers okayy. Tulah, main lagi -,- Almaklumlah, Batch94 ni kan 1st batch yang guna sistem penggal memenggal ni. Tu yang asyik dok main ja ~

Sem 2, Haaa this sem memang agak mencabar sebab aku baru je lepas melalui Sem 2 ni. Kenapa mencabar? Sebab ada PBS. Kerja kursus gitu. Kalau aku yang ambil kelas Sejarah Bahasa ni [Kemanusiaan] , kami kena buat 3 PBS. What da heck. PBS Pengajian Am [PA], PBS Sejarah dan PBS Bahasa Melayu [BM]. Seriously akak aku cakap, masa yang MPM bagi, 3 bulan untuk siapkan semua tu. 'Eleh, 3 bulan ~ sempat lagi' Ha don't talk like that okay. Kalau hangpa memain, macam nak tambah lagi sebulan tahu.

PBS Pengajian Am. Kalau aku, aku dapat tema 'Perniagaan'. Kalau yang Batch95 ni, tak sure tema yang sama atau tak. Hangpa kena buat kerja lapangan = Buat borang soal selidik, temubual untuk dapatkan maklumat dan ditaip dalam esei ilmiah. Panjang esei ilmiah = 5000 patah perkataan tak termasuk jadual,carta pai, lampiran, sinopsis, kandungan dan penghargaan. Ha, Dah gelabah lettew. [Pembentangan dilakukan beberapa hari/minggu selepas menghantar kerja kursus anda. Dipersembahkan dalam bentuk POWERPOINT. Baca je apa yang anda telah taip dalam powerpoint tu. Nanti guru pemeriksa akan beri respon seperti bertanyakan soalan dan memberikan komen]

PBS Sejarah. Sama jugak macam PBS PA. Semua ada 13 tema tapi MPM akan kelaskan hanya 2/3 tema sahaja. Kalau aku, aku buat tentang Sejarah Perubatan dan Kesihatan. Panjang esei ilmiah = 3000 patah perkataan tak termasuk nota kaki, jadual dan bibliografi.  [Pembentangan dilakukan beberapa hari/minggu selepas menghantar kerja kursus anda. Dipersembahkan dalam bentuk POWERPOINT. Baca je apa yang anda telah taip dalam powerpoint tu. Nanti guru pemeriksa akan beri respon seperti bertanyakan soalan dan memberikan komen]

PBS Bahasa Melayu. PBS ni hangpa akan buat tiap tiap minggu kot? Ikut sekolah lah. Ala, macam buat karangan BM tu haa. Tapi 600-650 patah perkataan. Terkehel jari. hahaha k tak lah, tipu. Kalau kurang dari 550, markah akan ditolak ! Semuanya ada 8 jenis esei berformat. Ceramah | Syarahan | Ucapan | Laporan | Memorandum | Minit Mesyuarat | Kertas Cadangan | Surat Kiriman Rasmi. Pstt, boleh rujuk buku ! Cuma isi tu jangan tiru bulat bulat dalam buku. Ambik main point sudah. Markah penuh = 25 markah untuk setiap esei. PERINGATAN ! kalau markah 20 ke bawah, mungkin hangpa kena repeat balik esei tu. Me, paling tinggi = 24 markah :D tapi lepas repeat lah dapat 24 tu Y_Y *bangga sat* k. [PBS BM tidak ada PEMBENTANGAN]

Semua PBS ni akan bantu hangpa untuk dapat pointer yang baik semasa peperiksaan semester 2.

Sem 3. Ha kalau yang ni, aku tak khatam lagi hahaha. Cuma Sem 3 pun ada PBS iaitu PBS Pengajian Perniagaan [PP] . Yang ni lagi dasyat dari PBS PA. Sebab apa? 10,000 patah perkataan weh ! Nak merapu apa dalam esei ilmiah tu? Haha.

PBS ni akan bantu hangpa untuk dapat pointer yang baik semasa peperiksaan semester 3.

To Dear Miss Ena, kalau ada apa2 yang tak faham, boleh tanya dekat komen, okay? ;)
____________________________________________________________________

Exam ! Minggu depan. Selasa hingga Khamis. Aku exam. K. Nak p berperang dah ni. Nak buat yang terbaik sebab aku taknak kena repeat apa apa untuk Sem 2. Sem 2 kalau tak buat yang terbaik, memang susah nak dapat pointer yang tinggi dalam STPM. Macam 'nyawa-nyawa ikan'. 

Ya Allah Ya Rabbi, bantulah hamba-Mu ini untuk lulus dalam semua kertas peperiksaan. Aminn...

p/s : Lepas habis exam, cuti yang minggu kedua, Students Upper Six nak pergi Melaka ! heheh :3 Yeayy !

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Heyyo !

Wuu lamanya tak update ! Lebih kurang sebulan macam tu lah. .Busy weh dengan kawad, kem, study & semalam baru je lepas trial semester 2. Baru trial tu, belumss the real exam. Soalan dia, YaAllah, sampai dah taktau nak jawab apa -_-
Okay, masa kem bomba peringkat negeri Perak dekat D'Alam Damai Campsite, Chenderiang, Tapah tu, 4 hari 3 malam. Straight to the point, daerah aku, Larut Matang dan Selama [LMS] dapat Naib Johan Keseluruhan. Alhamdulillah, bukan senang weh. Semua ada 10 daerah. But, kem tu memang sangat lah best ! Hari hari makan TAUGEH, sampai kami semua kat situ, angin. HAHA


Ni hanya sebahagian dari daerah LMS ; Semua ni Students Upper 6. Kami yang paling berumur sebab yang lain under 18 :)


LMS !


Naib Johan Keseluruhan !


Me ; Siap pegang hamper lagi. Kemain berkilat lagi spike boots aku :3
Dua hari lepas, hari Khamis. Lepas aku & classmates balik dari klinik sebab dapatkan suntikan HPV.
Bila aku sampai rumah, aku dapat SATU BUNGKUSAN MISTERI dari seseorang ~ Dari siapa? If hangpa nak tau siapa, cuba tengok dekat sidebar aku ni, cari someone yang mata dia paling sepet, baju warna biru. Yes, dia lah yang hantar bungkusan misteri tu hahaha. Misteri lah sangat kan. Guess what? Dia bagi ni dekat aku. I LOVE YOU SO MUCH LAH, SEKUTU !


Bungkusan Misteri ~



Eh ?! Domo ?!! Apa ni ?!



:O



Ya Allah ! DOMO !! :'D



Specially for my dear, MELMEL ~ :)

Yeah, aku memang gilakan DOMO ! Sebab tu excited je bila dapat Kipas Domo ni :D Thank you so much, Riri ;) Mel harap Ri tak kisah Mel post kat blog ni ^^

p/s ; Harini rumah aku takde elektrik so kipas Domo yang Risa bagi tu amatlah berguna sebenarnya :3

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Dugaan Hebat.


3 hari berturut-turut pakai baju t-shirt kadet bomba. .Hari Jumaat memang kena pakai gambar sebab nak tangkap gambar untuk buat banner Johan kawad kaki tu. .Memang pagi tu semua happy, buat pose tu, buat pose ni. Aku pinjam kamera Mizan kejap untuk tangkap gambar. Bila dah selesai tangkap gambar, kami semua naik kelas. Aku cakap kat Mizan 'nanti hang upload gambar yang aku tangkap tadi tau' Mizan 'hang bawak balik lah kamera ni, aku nak upload internet lambat'. Aku 'okay *ambik kamera*'. 

Masa waktu PP, aku bawak sekali kamera Mizan tu pergi makmal komputer & cikgu mengamuk sebelum mengajar sebab budak2 yang masuk kawad daerah tu tak masuk kelas tambahan yang mula pukul 2 tu semalam(Khamis). Ehem, termasuk aku. Ada 5 orang tak masuk. Yang masuk tu pun tak bagitau kami pun yang depa nak masuk kelas tambahan. Aku dengan yang lain TAKTAU pun ada kelas waktu tu. .Serius, cikgu mengamuk. Nasib baik cikgu tak mention nama aku. .

Lepas waktu PP, aku yakin, aku bawak keluar sekali kamera Mizan tu, aku letak kamera tu sebelah pencil case aku tu kat atas rak kasut. Bila aku dah selesai pakai kasut, aku bawak pencil case aku dengan Folio PA. Aku nampak Aina dengan Fatimah jalan dulu, aku pun ikut lah depa. Separuh jalan, aku baru teringat yang kamera Mizan tu takda dekat tangan aku. Aku lari pergi makmal komputer balik dan ada Malini je kat situ (orang terakhir kat situ). Puas aku cari tapi dah tak jumpa. Aku tanya Malini, dia kata tak nampak pun...

Serius, aku menagis. Menangis kat depan semua budak kelas aku. Aku serba salah. Aku takut Mizan marah. Tapi Mizan kata 'Takpa, biar jelah. benda dah jadi'. First time, aku hilangkan barang hak milik orang. Takut. Takut Mizan marah kat aku. Dengan Folio PA aku banyak gila salah. Tapi ramai yang support aku masa tu. Thanks kawan :')

Ramai syak ada bukdak kelas aku jugak yang ambil kamera tu. .

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Macam mana ni??!


Aktif susah, tak aktif lagi lah susah. Macam mana ni?! Stres okay fikir pasal benda ni sejak dari sekolah pagi tadi. ENTRI NI memang buat aku happy tapi tadi lagi macam tertekan pulak.

Ya, memang aku teringin nak jadi wakil kawad Zon Perak Utara. Esok dah mula latihan kawad tu dari pukul 8pagi saaaaampai 2pagi petang. Memang tak masuk kelas lah cerita dia. Yang paling tak tahannya nanti, 17 April sampai 25 April pun ada latihan/kem or whatsoever. Aduhh, macam mana ni?! Exam semester 2 lagi 7 minggu okay lagi 7 minggu !

Hampir dua minggu jugak lah akan tinggalkan pelajaran. Tapi aku nak masuk kawad jugak. Bukan selalu dapat peluang jadi wakil zon. Sambil-sambil tu boleh support aku punya markah kokurikulum..... Ku Keliru....





Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Alhamdulillah, Tak Ku Sangka Tak Ku Duga.


Ya, pagi tadi berlangsungnya Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba, Kawad Hos dan Kawad Hos dan Penyelamat.

Pagi tadi bila aku sampai je dekat balai pengawal sekolah, ramai dah yang dok sibuk kiwi kasut boots. Ha tulah hangpa, dah nak kawad baru kalut nak kiwi kasut kan -,- Yang penat nya, dalam masa 15 minit macam tu, ada je yang panggil aku sebab nak gunakan khidmat aku. Kejap kejap ; ''Fiza Fiza,tolong masukkan getah dekat seluar ni'' kejap kejap ; ''Fiza Fiza, tolonglah ikatkan tali kasut ni'' kejap kejap "nak Fiza tolong". Yang paling tak tahan, macam ni pun ada ; "Woi,mai ah cepat tolong aku ikat tali kasut ni" Nampak tak yang aku amat diperlukan sangat time tu? okay enough.

Kami p Balai Bomba Kamunting pukul dalam pukul 7.45pagi macam tu lah then sampai sana around 8pagi. Sampai je kat sana dah ada sekolah lain yang sampai dulu. Lepas kami sampai, sekolah SERATAS [SM Sains Raja Tun Azlan Shah] pulak yang sampai. Cuma ada 5 buah sekolah je yang bertanding.

First time dalam sejarah aku berkawad, baju tshirt bomba yang aku pakai kena bawak masuk dalam seluaq -,-. Bila dah take-in, tudia aihh. Skema + Poyos cerita dia. Lawak pun ada -,- Tapi pagi tadi semua buat bodoh je. Apa kami pedulik? mihmihmih. Amir [Ketua Platun] p cabut undi & YES kami dapat giliran nombor 5. Kiranya second last lah tu. Kami pun tak suka awal sangat & lambat sangat. Banyak kali jugak hujan pagi tadi. Lebat. Sempat jugak main hujan sekejap HAHA. Syok !

Aku jadi penanda kanan. Memang agak nervous jugak lah jadi penanda. First time jugak tu. Sepatutnya aku stay kat barisan belakang tapi tukar tempat last minute sehari sebelum bertanding. Bacaan doa dilakukan supaya semuanya berjalan lancar ketika kawad. Kawad pun bermula. Nervous. Sejuk tangan. Waktu tu pun masih hujan lagi. Tak rintik,tak lebat. 

Ku akui, ada yang tak sama. Perlahan jalan, phew. Aku rasa nak maki je sebab tak sama ._. sebab hujan je, darah aku tak naik sepenuhnya. Selesai kawad. Tak yakin boleh menang. Saingan senget. Semua muka frust sebab agak berterabur masa kawad tadi. Masing-masing positifkan diri. Laungan 'What what what, Simpang!' menggegarkan seluruh balai bomba. Menaikkan kembali semangat yang telah pudar. Cewah.

Seterusnya, kawad hos individu lelaki dan perempuan pun bermula. Yuzaima dan Farah, Amir dan Izzan - peserta kawad hos individu. Serius weh, depa yang buat kawad hos, aku yang nervousss. Izzan memang ada pesaing dari SABK Maahad Tarbiah. Semuanya nak buat catatan masa yang terpantas. Silap langkah, boleh bergulung peserta tu dalam gulungan hos -,-

Kawad hos dan penyelamat berpasukan [L] [P], memang best ! Aku pun tak tau nak cerita macam mana. Masing - masing bagi semangat ! Oh ya, breakfast nasi lemak dekat balai bomba tadi memang awesome, sodap gilos. Alhamdulillah.

Detik yang mencemaskan sudah tiba. Siapa yang akan merangkul gelaran sebagai JUARA. *bunyi drum* Pemenang tempat ketiga ialah SABK Maahad Tarbiah. Masa tu ramai yang diantara kami fikir yang berkemungkinan kami akan dapat nombor 2. Pemenang tempat kedua jatuh kepada SMK.... Kamunting ! Eh, apa ni?! Kenapa bukan SMK Simpang?! On the spot, kami semua fikir yang kami hanya menduduki tempat keempat ataupun kelima. Mungkin waktu tu, semua fikir 'bukan rezeki kami'



Juara kawad kaki disandang oleh...... SMK SIMPANG !!!! YaAllah, adakah kami semua bermimpi disiang hari?! Percaya atau tidak, bahawa kami menduduki tempat pertama dalam kawad kaki daerah LMS :'D

Alhamdulillah, syukur kepada-Mu yaAllah. Rezeki menyebelahi kami semua. Semua rasa nak melompat kegembiraan, nasib masa tu ada dalam baris. Kalau tak, mesti semua dah peluk antara satu sama lain.

Kawad hos individu [L] - Izzan dan Amir dapat NAIB JOHAN ! begitu jugak dengan kawad hos individu [P] - Farah dan Yuzaima dapat NAIB JOHAN ! Kawad hos dan penyelamat [L] takda rezeki nak menang :( Tapi, kawad hos dan penyelamat [P] dapat JUARA ! Mengalahkan SMK Treacher Mathodist !

Ada satu lagi berita gembira, aku & 8 orang kadet bomba SMK Simpang dipilih untuk mewakili daerah Zon Perak Utara untuk pertandingan kawad kaki peringkat negeri Perak ! Alhamdulillah :') dan akan bertanding pada 16 April 2013. Ada 2 minggu je lagi. Ni satu peluang untuk isi markah kokurikulum aku :))

Bukan mudah untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik. Berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang lebih baik.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Marching Time.

Penat sangat minggu ni. Jadi juru pantun 2 hari berturut turut. Alhamdulillah lah harini takda pertandingan tu. Minggu depan pulak tapi cikgu yang ambil alih kot sebab dah nak final. Dengan ini, aku nak bagitau yang PBS Pengajian Am aku masih tak siap lagi. Sepatutnya kena hantar harini tapi sibuk dengan kawad dari pagi sampai waktu balik tadi. Tak masuk kelas lah cerita dia.




Ehem. Dengaq kata, cikgu yang ajaq PA tu mengamuk sebab ramai yang tak hantaq PBS tu haghini ._. Sorry lah teacher ._. tak mau marah marah naaa. .

Esok. Hari yang amat mendebarkan. Apakah? Aku nak menikah ke? Yes, mestilah tak *kedip kedip mata*

Esok ada pertandingan kawad ! Kadet Bomba, SMK Simpang, Taiping, Perak ! Agak-agak sesiapa yang pergi sana esok, senang je nak cari aku dalam barisan. Aku jadi penanda kanan hadapan hihi. K.

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kalau tak dapat nombor 3, nombor 1 pun jadilah. Mihmihmih. Diharapkan latihan yang dah buat selama ni mendatangkan hasil yang baik walaupun waktu kawad peluh ni keluar tak henti. Aminn.

p/s ; Harap berat aku turun even sekilo selepas dah membakar segala lemak bagai dalam badan ku ini. |Mengharap. Skuad ! Keluar baris !

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Wordless Sunday. #Eh



Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Rimas.



Hai everyoneeeee. Sihat? Rindu korang :* aww


Emmm korangggg ~ aku ada masalah lewww ~


CUTI TINGGAL LAGI 3 HARIIII !!



Eyhhh, please lah okay pleaseeee, aku tak siap lagi kerja-kerja kursus yang dah nak kena hantar minggu depan. Ohh demm ! So plishhhh okay ~


Dengan sabtu ni ada kem dari pagi sampai petang okay sampai petang. Gara-gara kawad bomba yg masih berterabur. Dah lah 6 April dah nak lawan kawad. Omg omg omg :O


Tolong ! Tolong ! Aku dah penat dengan semua iniiiiii ! Nak kentut pun dah tak sempat ! Kena tahan setiap masa !


Aku dah pening. Aku dah sakit kepala. Tidur tak cukup. Kerja banyak ! Aku benci semua ni ~~ I hate it and I hate it !


Orang lain tak habis habis nak text aku, nak call bagai ! Otp 2 jam lah segala. Bilanya aku nak siapkan kerja. Erhmeeegerdddd ~


Aku tidak rela diperlakukan seperti ini. Mohon lanjutkan cuti satu minggu lagi plishhhh? kbai

p/s ; Hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan orang yang sedang menganggur mahupun bekerja. Sekian wabillah.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Meet my sayang.


Siang tadi keluar jumpa dengan sayang. Sayang yang ajak sebab segan nak keluar sorang katanya. Nak je aku melompat keriangan masa dapat text tu kat sekolah tapi aku cover. Cuma Fatimah je yang perasan dan berkata 'Untunglah'.

Ya,dapat lepaskan rindu walaupun sekejap dan walaupun tak dapat jumpa sayang aku yang lagi sorang. Esok sayang kita dah nak balik Matrik. Alaaa. Nak jumpa lagi mungkin cuti semester nanti. Lama lagi. Aku masih kenyang makan KFC dengan my sayang petang tadi. Walaupun makan share,tu yang sweet. Hang ada? Tadak. 


Apadia? Sayang tak semestinya BF, ye dok? Tapi dia BFF. Aku bangga. Bangga aku lahir dulu dari budak ni. Walaupun beza 1 hari. Aku,3 September. Dia,4 September. muahahaha.

Izzati, walaupun nama kita sama, walaupun hang muda dari aku beberapa jam, walaupun hang kuat perasan, aku tetap sayang dunia akhirat. *hug tight*
kbai.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Result STPM Semester 1.




hai... *seret bantal peluk* takda mood sebenarnya sejak 1 jam sebelum waktu balik sekolah tadi.... Result? Heh.... macam apa je.... sepatutnya diumumkan esok tapi aku dah dapat tau harini..... dan keputusannya.... hampeh serius hampeh.... takda apa yang perlu dibanggakan dengan result aku tu... kesimpulannya, aku kena repeat semua subjek lepas semester 3 nanti..... YaAllah, rasa macam lifeless sangat weh..... yeah, aku betul betul betul betul betul kecewa dengan result aku tu...... Kenapa aku dapat result macam tu? Sebab aku malas, yeeee sebab aku malas...... Padan muka hang, Fiza oi.....

Betul cakap cikgu. Nak menangis sekarang memang dah tak berguna pun. Bukan boleh bagi result tu tetiba nak jadi four flat semua. Jujur,aku tak bagitau mama dengan abah pun pasal benda ni. Aku taknak depa kecewa dengan aku :'( Benda sekarang ni salah aku jugak sebab malas nak study dulu. Dok leka dengan dunia sendiri. Sekarang? ha ni makan dia.

Tapi takpa, aku anggap ni satu ujian dari Allah SWT untuk aku :') Saya okay, saya dah besar :') ......

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Lelaki memasak?!



Nampak tak kecelaruan sengkuang dengan lengkuas? OhMan, apa ni? Tulah, tau makan je. Bila mak pergi pasar tak nak ikut, ehem. Nak tau fakta pasal lelaki yang pandai memasak ni tak? Taknak, pejam mata okay.

  1. 99.99% lelaki kat Malaysia ni memang pandai masak kari. Sat, jangan bangga dulu, Maggi Kari. kbai
  2. Sememangnya lelaki memang suka memasak tapi lepas tu memang liat nak basuh pinggan cawan periuk belanga.
  3. Lelaki masak, bunyi spatula dengan kuali memang bising macam bertukang rumah. Kemain.
  4. Kadang-kadang lelaki memasak tak pakai baju tapi yang lebih seksi bila pakai tuala je. You sexy and I know it.
  5. Menu utama ; Sardin, telur dadar ditambah pulak dengan kicap cap udang.
  6. Gas yang digunakan untuk memasak memang akan cepat habis sebab guna api yang kuat.
  7. Kalau dapur bersepah tu, normal lah. Lipas pun ada. Mesra alam katanya.
  8. Lelaki tak kisah sangat makan makanan yang dimasak oleh lelaki asalkan perut kenyang hati pun senang.
  9. Masak banyak-banyak selalunya nak bagi mak atau kekasih rasa.
So guys, ada tergolong kat mana-mana tak? hihi. Ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang bujang, dah kahwin ataupun duda berhias.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©