Keturunan.


Semalam masa tengah layan Running Man, ada terfikir nak update pasal KETURUNAN.

Kebanyakan rakyat kat Malaysia ni biasanya keturunan memang orang Melayu yang takda darah campuran. Haa ni nak cerita ni, aku ni sebenarnya keturunan Jawa yang masih kekal sampai generasi aku.

Sememangnya opah, arwah atuk [Ayah kepada Abah], arwah atuk [Ayah kepada Mak] dan arwah opah [Ibu kepada Mak] orang Jawa yang tulen. Cakap Jawa memang pekat lah cerita dia. Abah dengan mak kat rumah pun speaking Jawa. Nak cakap Melayu tu jarang lah. Kakak sulung dan kakak kedua aku memang fasih cakap Jawa. Kalau kakak sulung tu otp dengan aku, Jawa saja hahah. Persoalannya boleh ke aku ni cakap Jawa?

Tak dapat dinafikan, sejak tadika lagi aku dah bergaul dengan orang-orang Melayu. Boleh dikatakan aku sorang je pun yang Jawanya. Kakak sulung dulu tadika dekat area Sabak Bernam, Selangor yang famous amos dengan orang Jawa. Aku ni dekat Taiping, nak cari orang yang sejati Jawa ni memang payah. Jadi, jujur aku boleh cakap dalam bahasa Jawa 7 hari 7 malam TETAPI loghat Melayu sebab dah biasa cakap Melayu dengan kawan-kawan. Kadang, mak dengan abah cakap dengan aku Bahasa Jawa tapi aku jawab Bahasa Melayu kuikui.

Jawa ni ada banyak jenis. tapi yang aku tahu 2 je iaitu Ponorogo dan Begelen. Mak, Jawa Ponorogo. Abah, Jawa Begelen. Ada perbezaan antara dua ni. Contohnya;

Ponorogo ; Awak - Kue
Begelen ; Awak - Riko
*tak pasti dengan Begelen sama ada awak atau saya yang dipanggil Riko. Nak tanya mak, mak dah tidur. 

Dalam keluarga aku lebih mudah dengan Jawa Ponorogo. Jawa pun ada kasar dan halus tau! Selalunya kalau kita dengar orang cakap Jawa, depa cakap kasar je. Kalau halus ni agak susah nak difahami dan selalunya jugak dituturkan oleh Indon-indon yang mai kat Malaysia ni.

Jom belajar sikit bahasa Jawa ^^

Nombor.
1 - Siji
2 - Loro
3 - Telu
4 - Papat
5 - Limo
6 - Nem
7 - Pitu
8 - Wolu
9 - Songo
10 - Sepuloh

Asas
Apa khabar? - Kabare?
Khabar baik - Waras
Awak - Kue
Atuk/Opah - Mbah
Makcik & Pakcik - Bokde & Pakde
Abang & Kakak - Kang
Makan - Mangan
Minum - Ngombe
Tidur - Turu
Mandi - Adhus
Jalan kaki - Mlaku
Kecil - Cilik
Besar - Gedi
Merah - Abang
Hijau - Hijo
Cili - Lombok
Air kecil - Nguyoh. Cth; Aku arep nyugoh. Wes orak tahan!//Aku nak buang air kecil. Dah tak tahan!
Air besar - Ngiseng. Cth; Kue arep ngiseng opo orak?//Kau nak buang air besar ke tak?
Bahu - Pundak
Hidung - Irung
Mulut - Cangkem
Kaki - Sikel

Aku tertanya jugak, macam mana hangpa nak sebut semua perkataan ni hahaha XD
Kadang tertanya jugak, kenapa orang jual Nasi Ambeng [sebutan 'Beng'kak] tulis Nasi Ambang? huihui Ada yang pernah makan? Nasi ni dulunya selalu ada pada setiap kenduri kahwin atau sesuatu majlis. Nasi ni diletakkan dalam talam yang ada macam-macam jenis lauk. Cara makan macam ni kadang boleh eratkan silaturahim :)

 hangpa tengok cerita P. Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok, kan masa dia nak bukak pintu gua tu dia ada sebut -"Yaaa enson matakaji semar ngiseng!" dah tau kan maksud ngiseng tadi tu apa :p Lagi satu masa Kanda Kasim Baba tak boleh nak bukak pintu gua, dia ada sebut "Semar ngiseng, kabeh wong bodho ngiseng!" hahaha maksud 'Kabeh wong bodho ngiseng' tu ialah 'Semua orang pakat buang air besar' kuikuikui XD

Jadi ni lah serba sedikit kongsikan ilmu Jawa ni muahaha. Sebarang pertanyaan boleh ditanya diruang komen heheh :D Maaf kalau ada salah dan silap semasa berkongsi ilmu :)

Moto aku wes arep merem. Aku turu disek yo. Wasalam.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

5 comments:

Niena Reen said...

Hihiks, sama pulak kita. Mak saya keturunan Jawa dan saya faham saja kalau keluarga mak tengah cakap2 pasal saya. Dorang ingat saya tak faham, tapi sokay. I know whatever they say to me. Kehkehkeh. Samalah, kadang2 mak cakap dengan saya Jawa saya jawab melayu ja. Tak pandai nak loghat2 jawa. ^_^

Waney Redza Rosli said...

waaa... nice info.
kite pn dah murtad jawa dah nih.
hahaha
sampai ke kite, dah tak reti cakap jawa.
mangan turu mangan turu je tahu.:)

Jom laa ke blog kite.

ira said...

hafiza..xaci..kenapa mcm same je..hehe..arwah atok aku pun belah2 sne gak..same tak..same tak

Razi ten said...

When im in Melaka school before, I knew a lot of people that talk with each others in Jawa languages, so I understand a bit of them like common one though, kabare? Waras.. xD
Suprising my roommate before also speak Jawa with their family, and he is calling himself Aku with his dad, its weird but I guess it's common for them right?

Putri said...

bagus boleh ckp banyak bahasa.akak bleh speaking perak dan penang saja

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©