AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH LAGI | FREEDOM


AWAS! ENTRI PANJANG 30CM!

Salam Jumuah Mubarokah. Semoga harini lebih baik dari semalam dan sentiasa dirahmati Allah SWT :)

Based on title, ada lagi ke yang fikir aku ni budak lepasan SPM? Kalau ada, nak kena tembak? -,- *betulkan tudung* Akak lepasan STPM okay hakhak. STPM IS OVER! 25 November yang lepas, aku baru je selesai peperiksaan ulangan semester 1. Alhamdulillah aku tak ambil ulangan untuk semester 2. Aku agak frust jugak sebab ulangan Sejarah soalan cam ....

Aku terfikir, kenapa MPM buat soalan gila macam tu. Dalam banyak-banyak yang aku baca, 1 soalan je yang mengena. Alhamdulillah, at least aku boleh jawab. Tapi yang lagi 3 soalan aku nak korek jawapan kat mana? :( Wallahi, aku berpeluh, pening, sakit kepala masa jawab ulangan Sejarah, 25hb tu. It's okay, keep positive Fiza! Mungkin nanti graf turun jadi boleh lulus. InsyaAllah.

Selama 7 tahun aku ada dekat sekolah yang sama. Dari Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 6. Even sekolah aku ni sekolah luar bandar, sungguh, banyak kenangan. Kenangan yang tak boleh dibeli. Allahu, serius aku dah mula rindu bila sekarang aku dah bergelar sebagai BPS [Bekas Pelajar Sekolah] hakhak. Aku akan rindukan kelas yang pernah aku duduk, makmal komputer yang nyaman, library yang tenang, makcik kantin yang tak bagi ambik sudu lebih, bilik seni yang berseni, makmal sains yang penuh dengan formula dan tandas yang pintunya kena ada orang jaga hakhakhak! Aku akan rindukan unit badan beruniform, kawad, ragging, ajar kawad, muka sunburn. Pengakap, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, aku akan rindu nak pakai semua baju uniform tu 

Pelajar Senior SMK Simpang, Taiping 2013, 6ASB.

Biar semua ada dalam memori 1001GB. Manisnya friendship kita macam gula kapas. Semoga Allah pelihara ingatan, memori dan persahabatan dari Tingkatan 1-6. Ukhwah fillah abadan abada, semoga Allah redha dengan persahabatan kita. Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi. Berjimbe di alam maya tidak segila dengan realiti. Jaga diri baik-baik kalian semuanya. Demi Allah, aku sayangkan mereka.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

15 comments:

Niena Reen said...

Sobs.. Sedih baca entry akak ni. Aduhai gitu lah gamaknya bila hari last sekolah, lepasni dah tak ada sekolah kan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. :')

Liza Licha said...

kelakar pulak rasa amaran entry 30 cm tu.. hihi .. singgah sini :)

Hafiza Izati said...

@Niena Reen Lepas ni nak menjengah alam IPTA pulak hahah moga dengan izin-Nya :)

Hafiza Izati said...

@Liza Licha hakhak bagitau blogger lain sesiap, entri panjang tak semua nak baca huihui thanks menyinggah. nanti kite datang sane pulak :)

Hafiza AizZawa said...

sedih kan bila tgglkan dunia sekolah.. tp bila ada rezeki smbung belajar lg seronok..

Putri said...

sedey nya..akak pun jadi rindu pada sekolah.tp x ap fiza..lepas ni fiza akan masuk satu lagi alam yg menarik.anyway tahniah dr akak

Hafiza Izati said...

@Hafiza AizZawa yup! Sedih ya ampun. Bila masa sekolah 'lambatnya nak habis sekolah'. Bila dah habis 'rindunyaaaa' hahah insyaAllah, moga Allah perkenankan :)

Hafiza Izati said...

@Putri Kannn :( insyaAllah, terima kasih kak ^^

Teena Tna said...

Tahniah dah habis zaman sekolah. Bersedia untuk ke alam IPT pula ye :)

Hafiza Izati said...

@Teena Tna InsyaAllah, mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan :)

Aefa Aerisya said...

sedih bile habis sekolah kan.. bertahun2 sama gn kwn2 . huhu welcome to ipt pulak. :D

iezayusof said...

wahhh. samelah! tapi gua lepasan spm. ehem.. hehe ;p

Hafiza Izati said...

@Aefa Aerisya exactly :) debor rasanya nak masuk ipt heheh insyaAllah :)

Hafiza Izati said...

@iezayusof kak yong dah habis spm haha plkn siri ke berapa nanti?

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©