First post on 2nd January, 2014.
Allah, cepatnya masa berlalu. Bila budak-budak lain tengah sibuk mengadap cikgu kat depan, aku sebagai pengusaha tanaman mango hanya chillin' around dalam bilik dengan mengadap hp 24jam. Waaa, lifeless gila -_- No more school, no more school uniform, no more nagging around in the class but that 'no more' make me bored hahah.
Sempena tahun baru ni, ada azam? Err, nooope. Sebab aku hari-hari ada tanam azam. Takkan setiap tahun baru, baru nak ada azam kot *angkat kening. Apa yang aku harapkan, dengan izin Allah, moga aku ditempatkan di universiti pada tahun ni. Result
STPM dan
MUET akan keluar tak lama lagi. Woi nervous woi!
Oh yaa, 28 - 29 Disember haritu, aku ada join Kem Resilience kat Selama, Perak. Jadi fasilitator heheh. Kem ni sebenarnya under Kementerian Kesihatan. Waa sumpah best kuasa 64732! Best sebab ada buat
body rafting - serius, aku tak reti pun berenang. Bila dah pakai life jacket tu, depa lepaskan sorang sorang dekat air yang kedalamannya mencecah 20 kaki. Woiii, mula-mula buat dalam group dulu, pegang tangan semua. Lepas tu takda dah nak mengada pegang tangan. Pakcik yang ajar tu, YaAllah, lawak gila! Kami sambil terapung sambil gelak -_- Air sungai tu memang deras yaRabbi sebab mengalir dari atas bukit.
Mula-mula memang nervous, lepas 15 minit dalam air baru rasa best even tak reti berenang hahah! Best bila dihanyutkan air yang deras tu while relaxkan minda tengok langit yang cerah masa tu.
Kami habiskan 5 jam dalam air. Lepas aktiviti water confident tu, kami
berakit huihui. Satu rakit tu muat 8 orang. Group fasilitator perempuan num 1 sampai weyyy hakhak :D Nak berakit bukan senang, nak lawan arus, nak elak buluh, mental & fizikal kena kuat. Trust me, muscle
biceps aku naik kot wahahaha :D Yelah, 3 jam berakit sampai nak tercabut tangan aku kayuh guna pedal -_- Lepas dah habis, satu hal pulak nak angkut rakit tu naik atas, berat nak meninggal habaq hang!
Lepas dah settle aktiviti air, balik kem naik trak kesihatan, dengan basah kuyupnya and pakai life jacket, fasi perempuan semua terlena dalam trak termasuk aku sebab penat ya ampun. Petang tu pulak,
flying fox! Tapi aku tak join sebab takda mood + penat, lagipun dah pernah buat masa PLKN tahun lepas hahah.
Malam tu, pukul 12 tengah malam, fasi & peserta perempuan kena berendam dalam air sungai selama 30 minit. WOI ! SEJUK GILAAA.
Paling tak tahan, keesokkan paginya, semua fasi dan peserta bangun pukul 8pagi hakhakhak. Semua pengsan sebab letih. Aku dengan fasi perempuan lagi seorang yang paling awal bangun pukul 7pagi, tu pun gelap lagi. bila dah settle solat mandi semua, kami sambung tidur sampai pukul 8 :3 then, pukul 10pagi, jungle tracking almost 4 hours. Fuhh, mencabar betul. Yang fasi semua, pukul 7malam baru sampai rumah. Yelah kan, Selama dengan Taiping jauh. Lepas sampai Taiping, yang fasi semua kena kemas barang kem dalam stor -_-
Tahun 2014 tahun kuchiwa untuk batch 94 sebab umur dah 20 hahaha. No more 'teen' heheh. Tapi pada aku, selagi birthday aku belum sampai, umur aku masih 19 huihui. Taip punya panjang, macam ada yang nak baca heheh. Kalau ada, tahniah diucapkan :D