Siapa tolong dia comel.



Rasanya dah hampir 6 Tahun aku guna hp Nokia 6288. Masa tu memang trend gilakan hp slide. Nampak 'so cool'. Guess what? Dalam masa 6 tahun tu, aku cuma repair 2 KALI JE. Hah, nampak sangatlah aku ni tuan yang baik kan? Aip, baik lah -_- Please don't deny it. *tiup kuku*



Tapi sekarang hp tu simpan dalam laci je mampu. Makin guna kang, tak ke tercabut 2 bahagian tu =,=
Yang paling tak tahan, kenangan yang tak dapat dilupakan, hp tu terkeluar dari poket aku dah terus terjun ke dalam longkang dan akhirnya terkeluar bateri sekali dengan simkad. Masa tu, baru beberapa hari dekat PLKN. Memang bad memory lah cerita dia. Terus jammed! Yang aku suka pasal hp tu, kamera dia clear okay. Text pun best, keypad dia susah nak tertanggal huruf. Dah 6 Tahun pakai, huruf A JE yang dah hilang hakhak.

Lepas tu, lepas hp tadi tu dah jammed sampai aku nak tangkap gambar sendiri pun tak boleh, aku beralih ke Samsung E1080F GSM Dual Band Dah kenapa panjang sangat nama dia nyahh. Boleh tahan lah hp ni, tahan lasak. Inbox boleh lock hakhak dan yang paling penting, ada torchlight. Memang sangat membantu aku nak cari lilin masa blackout haritu huihui.

InsyaAllah, aku ada terfikir nak beli hp baru. Weekend ni kot, maybe yes maybe no. Tapi aku still confuse nak beli hp apa. Aku nak minta pendapat hangpa lah bloggers yang comel & kacak lagi bergaya ni. Hp apa yang aku patut beli? Maklum lah, banyak sangat model hp, sampai aku taktau nak beli yang mana. Yang paling penting, bawah RM1k.

Pleaseeee, kalau ada cadangan bagitau ke kawe deh. Tau tau? *mata puss in boots*
Kalau ada yang best, dan aku pilih hp yang hangpa suggest tu, boleh lah aku promote blog hangpa kat entri aku nanti hakhak.

Jemput makan French Fries, bye.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Ayam.



Berkurun lama, ku rahsiakan cinta ku padamuuuu ~

Eh. *pakai tudung, specs, tempek bedak*
Ehem, hai uolls. Alelele rindu aku lah tu kan? hahahah baik mengaku! *asah pisau*

Beta rasa dah hampir 4/5 bulan beta tak update blog. Sibuk dengan aktiviti dekat sekolah. Bila dah Upper 6 ni kemain berlonggok kerjanya pun -,- Macam-macam dah yang berlaku like ;

- Trip to UKM & Melaka
- Trip to UUM & Padang Besar
- Kejohanan Sukan Pra-Universiti
- PP & BM, presentation
- My birthday on 3 September
- Dapat duit kutu
- Ada orang belanja makan
- Kakak sulung hamil lagi lepas melahirkan anak ke-3 Januari lepaih

Dan yang paling latest, hari Jumaat lepas, 4 Okt 2013 ada jamuan Majlis Tingkatan Enam (MAPTEN) yang berlangsung kat Hotel Legend Inn, Taiping. Trust me, it was a wonderful event! Event tu bertemakan 'Cute & Colourful'

Paling gempak, kelas aku 6ASB JUARA persembahan okayyy :3
Lagu Tegar, kami ubahsuai! Baru rare hahah. Nak tau lirik dia? Aku bagi part last kat hangpa.

Kami yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu junior sekarang kami senior. Dulu dulu dulu berbaju putih, sekarang pakai baju kuningggg // Cita-cita ku nak masuk IPTA [HEY!] Dulu ku main sekarang usaha lebih. Bersyukur kerna dapat guru Gred A, memberiiiiii ooooo memberi jalan ke IPTA ~

Amacam? heheh kreatif gitu nyahh. Actually pentas kat situ kecik okayy. Muat-muat je nak menampung classmates aku seramai 29 orang. Dah lah aku yang tepi sekali, silap langkah aku boleh tergolek tepi tu -_-

Nak share gambar tapi maybe next week sebab ada masalah teknikal sikit. Anyway, exam is around the corner. Bulan depan! YaAllah, seram okay seram.

p/s : Cute & Colurful, aku pakai baju Pink masa event haritu iaitu warna yang aku paling tak suka dulu. Yelah, dulu lasak. Hati kental. Sekarang baru nak terserlah keayuan.

Adios Amigos.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©