Wordless Sunday. #Eh



Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Rimas.



Hai everyoneeeee. Sihat? Rindu korang :* aww


Emmm korangggg ~ aku ada masalah lewww ~


CUTI TINGGAL LAGI 3 HARIIII !!



Eyhhh, please lah okay pleaseeee, aku tak siap lagi kerja-kerja kursus yang dah nak kena hantar minggu depan. Ohh demm ! So plishhhh okay ~


Dengan sabtu ni ada kem dari pagi sampai petang okay sampai petang. Gara-gara kawad bomba yg masih berterabur. Dah lah 6 April dah nak lawan kawad. Omg omg omg :O


Tolong ! Tolong ! Aku dah penat dengan semua iniiiiii ! Nak kentut pun dah tak sempat ! Kena tahan setiap masa !


Aku dah pening. Aku dah sakit kepala. Tidur tak cukup. Kerja banyak ! Aku benci semua ni ~~ I hate it and I hate it !


Orang lain tak habis habis nak text aku, nak call bagai ! Otp 2 jam lah segala. Bilanya aku nak siapkan kerja. Erhmeeegerdddd ~


Aku tidak rela diperlakukan seperti ini. Mohon lanjutkan cuti satu minggu lagi plishhhh? kbai

p/s ; Hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan orang yang sedang menganggur mahupun bekerja. Sekian wabillah.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Meet my sayang.


Siang tadi keluar jumpa dengan sayang. Sayang yang ajak sebab segan nak keluar sorang katanya. Nak je aku melompat keriangan masa dapat text tu kat sekolah tapi aku cover. Cuma Fatimah je yang perasan dan berkata 'Untunglah'.

Ya,dapat lepaskan rindu walaupun sekejap dan walaupun tak dapat jumpa sayang aku yang lagi sorang. Esok sayang kita dah nak balik Matrik. Alaaa. Nak jumpa lagi mungkin cuti semester nanti. Lama lagi. Aku masih kenyang makan KFC dengan my sayang petang tadi. Walaupun makan share,tu yang sweet. Hang ada? Tadak. 


Apadia? Sayang tak semestinya BF, ye dok? Tapi dia BFF. Aku bangga. Bangga aku lahir dulu dari budak ni. Walaupun beza 1 hari. Aku,3 September. Dia,4 September. muahahaha.

Izzati, walaupun nama kita sama, walaupun hang muda dari aku beberapa jam, walaupun hang kuat perasan, aku tetap sayang dunia akhirat. *hug tight*
kbai.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Result STPM Semester 1.




hai... *seret bantal peluk* takda mood sebenarnya sejak 1 jam sebelum waktu balik sekolah tadi.... Result? Heh.... macam apa je.... sepatutnya diumumkan esok tapi aku dah dapat tau harini..... dan keputusannya.... hampeh serius hampeh.... takda apa yang perlu dibanggakan dengan result aku tu... kesimpulannya, aku kena repeat semua subjek lepas semester 3 nanti..... YaAllah, rasa macam lifeless sangat weh..... yeah, aku betul betul betul betul betul kecewa dengan result aku tu...... Kenapa aku dapat result macam tu? Sebab aku malas, yeeee sebab aku malas...... Padan muka hang, Fiza oi.....

Betul cakap cikgu. Nak menangis sekarang memang dah tak berguna pun. Bukan boleh bagi result tu tetiba nak jadi four flat semua. Jujur,aku tak bagitau mama dengan abah pun pasal benda ni. Aku taknak depa kecewa dengan aku :'( Benda sekarang ni salah aku jugak sebab malas nak study dulu. Dok leka dengan dunia sendiri. Sekarang? ha ni makan dia.

Tapi takpa, aku anggap ni satu ujian dari Allah SWT untuk aku :') Saya okay, saya dah besar :') ......

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Lelaki memasak?!



Nampak tak kecelaruan sengkuang dengan lengkuas? OhMan, apa ni? Tulah, tau makan je. Bila mak pergi pasar tak nak ikut, ehem. Nak tau fakta pasal lelaki yang pandai memasak ni tak? Taknak, pejam mata okay.

  1. 99.99% lelaki kat Malaysia ni memang pandai masak kari. Sat, jangan bangga dulu, Maggi Kari. kbai
  2. Sememangnya lelaki memang suka memasak tapi lepas tu memang liat nak basuh pinggan cawan periuk belanga.
  3. Lelaki masak, bunyi spatula dengan kuali memang bising macam bertukang rumah. Kemain.
  4. Kadang-kadang lelaki memasak tak pakai baju tapi yang lebih seksi bila pakai tuala je. You sexy and I know it.
  5. Menu utama ; Sardin, telur dadar ditambah pulak dengan kicap cap udang.
  6. Gas yang digunakan untuk memasak memang akan cepat habis sebab guna api yang kuat.
  7. Kalau dapur bersepah tu, normal lah. Lipas pun ada. Mesra alam katanya.
  8. Lelaki tak kisah sangat makan makanan yang dimasak oleh lelaki asalkan perut kenyang hati pun senang.
  9. Masak banyak-banyak selalunya nak bagi mak atau kekasih rasa.
So guys, ada tergolong kat mana-mana tak? hihi. Ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang bujang, dah kahwin ataupun duda berhias.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Esok sekolah.


Kemain 3 orang ni, dah habis exam MUET boleh tangkap gambo.
Esok sekolah. Ye dan ye, esok sekolah. Apa ni? Terlepas lah aku nak layan Ninja Turtle pagi esok. Ini tidak adil. Motif esok semua tingkatan ada exam adalah untuk membuatkan para pelajaaar datang ke sekolah. Dan ye jugak, aku ada exam BM & PA |Ulangan. Aku dah nyampah dah nak buat graf untuk exam PA esok membuatkan aku tak cukup masa nak buat esei. 

Aku masih buntu memikiorkan masalah kerja kursus Sejarah & PA ni. Bila aku nak start buat? Cikgu cakap sebelum cuti sekolah nanti dah nak kena hantar dah. OhMyAllah.This week memang busy dengan exam. Esok sekolah. Then ahad 1 hari JE cuti untuk minggu ni,dem. InsyaAllah dalam minggu depan aku kena siapkan jugak..

p/s ; kami bertiga dalam gambo tu dah berkawan sejak Tingakatan 2. Tak penting. Saja nak bagitau hangpa. Toksah dok buat kalut naa :p kbai.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

13.03.2013




Ramai masyarakat kata tarikh harini lawa. Mungkin lah. Pada aku lawa lah jugak ;) Tapi lawa lawa tarikh harini pun aku tetap stres dengan exam yang aku tengah lalui sekarang ni. Serius ku katakan. Yang paling penting,esok exam Sejarah


Tapi,aku masih disini,mengupdate blog tanpa perasaan. Esok exam? Lupakan sebentar. Aku stres bagai nak rak. Macam nak tercabut urat rambut aku. #Eh. Aku rasa belajar kat Tingkatan 6 lagi stres dari belajar kat Tingkatan 5. Takkan semua nak senang, senang hidup? Tampaq satgi, naya ja.

Yang penting,aku tak sabar nak tunggu bulan Jun iaitu bulan aku nak release kan tension + stres + keserabutan bagai dengan MAPTEN. Ha tau ke mende MAPTEN tu? Majlis Tingkatan Enam. 2 hari 1 malam di _____ . Tettt,rahsia :3 Seriously tak sabar nak menggila dengan budak2 Tingkatan 6 yang awesome gila :D

Batch94, we're awesome ! hihi kbai.

p/s : Bila perang di Lahad Datu nak tamat? :( Semoga para pejuang sentiasa dilindungi...

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Sobs.


 




Minggu ni minggu stres yang amat stres.
Exam pagi tadi aku sempat buat esei PA 2 perenggan JE okay JE :'(
Tu je nak taip kbai. *jerit sekuat hati*

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Kembar tak seiras lain mak lain bapak

Kembar tak seiras lain mak lain bapak, apakah? 
Even tak sampai 2 bulan lagi aku macam rapat dengan budak ni, macam macam dah yang aku tau pasal dia. Memang ada jugak persamaan, chemistry katanya. Muka kami memang tak sama, sungguh ku katanya. Percayalah. Siapa dia? Yang pasti dia bukan seorang lelaki. Dia kawan aku. Kawan yang tidak melanggar hukum syarak. Ha, ada faham ka? Jangan fikir aku cakap pasal chemistry ni, aku bercinta pulak. Tambah2 dengan perempuan. Astaghfirullahalazim, uiii idok le. Ku tak rela lol.

Kisahnya bermula bila budak ni add aku kat FB pada 1 Mac 2013. Ye,aku mengaku aku suka kacau dia kat sekolah. Especially waktu MUET hihihi k. Tak sangka pulak dia add aku kat FB. Then, bila aku dah approved friend request, aku usha lah sat dia punya Bio. OhMyAllah, BIRTHDAY DIA SAMA DENGAN BIRTHDAY AKU . Lagi lah aku tak sangka ! Excited dan dan tu jugak lah cerita dia kan. Bila dah soal selidik dia, memang betul lah dia lahir pada tarikh yang sama dengan aku. Cuma, dia lahir awal, aku lambat. Beza 7 jam macam tu kot haha gila detail aku ni ┐( ̄ヮ ̄)┌ 

Antara persamaan kami ni ;
lahir 3 SEPTEMBER 1994
Anak bongsu
Maksu kepada anak-anak saudara
Blog dia yang sekarang ni, background sama dengan aku
Rumah sukan, Ngah Ibrahim
Layan Korea?
Suka baca novel
Suka items yang cute cute

Setakat ni baru ni je yang aku tahu, persamaan lain aku tak tau lagi haha. Ohya ! Terlupa pulak nak bagitau nama dia. Nama dia, M U N R A H. LAGI SATU yang aku excited harini, dia follower blog aku yang ke-333 ! macam mewakili 3 September gitu hahaha.


Weh Munirah, post ni special untuk hang. Nanti belanja aku Kepci kbai

Yang comel,
Hafiza.   

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Cinta?

Aku? bercinta? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ehem okay. Dah hampir 2 tahun aku tak bercinta dengan kaum Adam. Aku dah bosan. Aku dah serik. Serik dengan perangai lelaki. Lelaki yang suka mainkan perasaan aku gitu. Memang, memang ada lelaki yang baik & sebaliknya |Tak semua. Siapa lah aku nak cakap tentang cinta. Cinta yang aku alami selama ni hanyalah cinta monyet semata-mata. Ape pun tak bolehhh. Amboi pija, belajaq tak habeh lagi dah gatai nak bercinta ! PANGG ! *usap pipi sendiri*.

Weh, cinta selepas kahwin orang kata lagi sweet kan? Sentuh buat kali pertama, peluk buat kali pertama, main tampar-tampar buat kali pertama ~ Ha tak ke sweet gitu? Haaaa thennn aku tunggu orang masuk minang aku je ni *tutup muka with pillow* HAHA lol idok le teman sedie nak nikahh ~ Tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan? 


Wahai bakal zauj ku, awak kat mana tu? Saya harap awak sihat sihat je tau, kalau tak sihat makan ubat & jangan lupa solat ! Dah kahwin nanti, sweet macam kat atas ni boleh tak? hihihi kbai

Biarlah buat masa sekarang aku tumpukan pada pelajaran. Bak kata CT Nurhaliza 'bila dah berkerjaya, cinta itu akan datang dengan sendiri'. Biarlah yang sentuh aku tu zauj yang sah lagi sahih :p Aku tahu semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni ramai yang kahwin muda. Tu pun ramai yang tak suka. Biarlah, asalkan depa jauh dari maksiat kan :) Aku lebih selesa tanpa ada 'Special Boyfriend'. Cinta, sayang dan rindu itu fitrah manusia. Rasulullah SAW & Allah SWT sendiri menggalakkan kita berkasih sayang. Cuma biarlah mengikut syariat Islam|NoteThat

Pada yang tengah bercinta tu em jangan lah bash entri aku ni pulak kan. NO HATE. This is just a random post :) 

|Tetiba rasa nak nikah ni. ehem
Tapi,cinta yang kekal abadi tu cinta kepada Allah SWT.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Semalam



Selamber aku je bawa motor dengan takda lesennya p rumah Shuhadah hahah blogger-emoticon.blogspot.com dari haritu dah rancang nak pergi kedai buku then pergi KFC tapi hari jumaat aku baru plan nak p perpustakaan awam sebab nak cari bahan untuk kerja kursus Sejarah tu. Alhamdulillah bahan yang aku nak tu,ada.

Ramai pulak orang kat perpustakaan semalam. Sabtu lepas aku pergi tak ramai pun. .Semalam, tudiaaa penuh orang kat tingkat bawah & tingkat atas. .Nasib baik ada tempat kosong. .Tak sangka terserempak dengan Azimah & Anis . Lepas dah fotostat bahan, aku dengan Shuhadah p kedai komputer sat sebab Shuhadah nak beli ink printer. .Lepas dah beli, baru p Dynamic . Ni lah masanya nak borong satu kedai buku blogger-emoticon.blogspot.com Baucer buku yang aku dapat minggu lepas, aku guna RM150 je. .Selebihnya aku nak simpan dulu. .Yelah,mana lah tau kan kot kot lepas ni ada buku lain nak beli ke. .


Serius ! Memang penat shopping even dekat bookstore tahu -_- Sampai aku dah tak tau nak beli barang apa lagi. .Main ambik je apa yang ada depan mata blogger-emoticon.blogspot.com Lepas dah penat memborong dekat kedai buku. .Kami berempat terus p KFC pulak. .Shuhadah belanja hihi ! Thank youuuuu so much ! Lepas ni boleh belanja lagi, ye idok? hahah. .




Sekarang ni, aku p buat homework ! Dah lah esok ada pembentangan Sejarahhhhh !!! kbai.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Hi March. Can you please be nice with me?

Aku rasa baru 2 minggu lepas aku ucap 'Happy New Year'. Nampak tak? Masa dah main lari-lari sekarang. Asyik nak main kerja kejar-kejar je dengan aku. Sweet kan? Sampaikan aku dah tak terkejar lagi hm. Apakah semua ini? Bikin aku pusing, bikin aku stres segala. Tak suka lah stres ni, I benci sangat. Macam nak putus urat otak ni memikiorkan hal yang tak habis-habis nak memeningkan aku. Oh no.

Nota PP,PA,BM | Kerja kursus Sejarah & PA yang kena hantar bulan ni | Latihan graf PA yang awesome gila | Exam 2 minggu lagi | Result Sem 1 keluar minggu depan | Latihan 28 soalan PP | Pembentangan Sejarah | 

Senarai diatas menunjukkan elemen-elemen yang aku perlu hadapi dalam bulan Mac 2013.
Gila habaq hang, gila punya banyak macam tu mana aku tak stres weh. Orang yang kuat fizikal & mental je boleh hadapi. Kalau tak, bukan ICU lagi dah, CCU terus. YaAllah, berikanlah aku kekuatan. I'm strong,maybe...

Masuk bab happy sikit, sikit je. Esok aku nak pi Popular Dynamic, beli buku-buku & novel-novel-novel :D Alat tulis etc. Tak sabar ni tapi sebelum tu nak pi perpustakaan awam dulu nak cari balik bahan kerja kursus sejarah. Harap-harap ada lah buku tu :) Kalau takda, naya aku ! Bila dah selesai, kita p makan KFC sebentar :3 
Oh ya ! Aku baru tahu yang Munirah kelas 6AST sama birthday dengan aku ; 3 September 1994 :D Selama ni aku suka cari pasal dengan dia, jumpa dia bila gabung kelas waktu MUET je hihi tak sangka !

Semoga, Allah permudahkan urusanku pada bulan ini dan diharapkan bulan ini lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. Aminn Aminn Aminn...

Mohonlah, jangan politikkan isu perang di Lahad Datu, Sabah. Berdoalah untuk keselamatan mereka disana.
#PrayForLahadDatu , Al-Fatihah kepada anggota yang terkorban. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang gugur syahid. Aminn.


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©