EXERCISEEEEE GO!!
Assalamualaikum pada semua wira & wirawati,salam perpaduan dan salam 1 Malaysia!!
Malaysia Boleh!!
ni laa akibatnya bila masuk PLKN,terbawak-bawak sampai dalam blog,hikhik ><. Sebulan jugak laa aku tak update blog,pergi berkhidmat untuk negara laa katakan :p
2 May 2012,aku ditempatkan di Kem PLKN Tangkas Kendiri,Kuala Kangsar. Hari pertama kat kem tu takde aktiviti pape pun just buat pendaftaran,dapat baju celoreng,buku,tuala,pakaian dalam,baju+seluar PT,kasut kelas+sukan,baju kelas dll. .Aku dapat kompeni CHARLIE pastu bilik aku kat dorm Pacu. Sampai sekarang aku tak tau apa maksud Pacu tu hahahah! Aku masuk je dorm,budak2 dari Kelantan dah sampai dari 1 May. 3 May budak2 dari Ipoh pulak yang datang. Aktiviti bermula pada hari Isnin.
Kawan? Of course laa ada! semua sporting gila! Biar aku mention nama yang rapat dengan aku - Fika,Dayah,Rina,Aina,Nurul,Anis,Mya,Siti,Kak Bella,Syira. Yang lain-lain tu tak rapat sangat tapi still stay dalam satu dorm. Jom usha sikit suasana dorm aku.
ni masa tengah relax2 lepas solat maghrib
sebelah aku still kosong
cantik tak dorm aku? hahah
My beloved bed! I miss you so much!
Masa kem dulu,mula-mula aku jadi ketua wirawati Charlie yang tak rasmi HAHAH lepas tu jawatan tu diberi kepada Kak Bella,senior dalam dorm aku :) So,aku jadi penolong ketua platun 1 means penolong Kak Bella laa. .Kak Bella manyak shantekk ohh,nak tengok?
See,cantik kan?!
Berita buruk, Kem PLKN Tangkas Kendiri disita kerana pemilik kem gagal jelaskan hutang sebanyak RM1.__ juta. Memang sedih gila tak tau nak kata. .Masa nak berpisah ngan kawan-kawan,depa ja nangis banyak,aku sikit-sikit je. Bukan tak sedih tapi time tu hati keras sangat kot HAHA lastly,masa dah masuk kem baru,baru meraung tak terkata habaq hanggg T_T. Aku dapat kem baru kat Kem Segari,Manjung.
AKU TAK SUKA KEM TU LAA GILEE!!
Masuk kat semua surat khabar,berita jugak. .
p/s : dalam paper tu ada muka aku jugak tehee ><
Dalam kelas,Modul 1&2 memang terbaikkk! Best gila berbanding ngan kelas kat kem baru,membosankan. .Kelas kat kem lama kadang-kadang mengantuk jugak sebab tengok video yang boleh buat aku tertidur dalam kelas hahah. .Dalam kelas aku belajar macam mana nak menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri,menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain etc. Modul 3 aku tak sempat nak belajar sebab 4 hari aku kena tidur kat wad Hospital Kuala Kangsar,demam panas. Suhu masa tu 38.19!! Mau tak kena masuk wad haha. .Fyi,aku makan ubat batuk je,ubat2 lain yang jenis pil,aku buang dalam poket baju :D Aku ada masalah nak telan ubat yang besar-besar tu,mungkin tekak aku kecik! :D. Aku main macam permainan KAMIL KATA,TEPUK-TEPUK SEMANGAT,TEPUK-TEPUK SAYANG,TEPUK-TEPUK POWER WOOSH dll. Cikgu Faiz,cikgu paling handsome kat kem Tangkas Kendiri haha. Cikgu Arcbar,Cikgu D,Cikgu Jun memang cikgu yang sporting habis! Tak macam cikgu kat kem baru,agak bosan bila dalam kelas. Pembelajaran kat kem Tangkas Kendiri memang paling terbaik!
Senamrobik best gila seh! 2/3 kali mana cukup,mesti wira&wirawati akan kata "nak lagiiiiii!!" hahah. Lagu femes masa senamrobik - Mr.sexobeat,Chamak Challo,Bonamana!! Kem tu jugak femes dengan lagu-lagu sedih yang layan perasaan. .Bila saat-saat sedih je,mula laa PA system bukak lagu menyentuh jiwa & raga basikal.
Kem PLKN Tangkas Kendiri,sebab hang laa aku dapat ramai kawan-kawan,aku dapat pengalaman yang tak kan aku dapat kat mana-mana dah,dapat dorm yang selesa,surau yang indah,makanan yang sedap - nasi goreng dengan kangkung rebus yang for sure takde kat kem lain,koperasi yang jual Choki2 - buat aku ketagih nak makan tiap2 hari,dewan makan yang selesa,kelas yang bagus,cikgu-cikgu yang baik,kawasan bersih,hutan dalam kem yang ada pokok durian.. Confirm TAK KAN ada kat kem yang baru ni. .
PLKN Tangkas Kendiri Terbaikkkkkkkk !!!!!!
P/s; Why oh why kem tu tak disita lepas tamat latihan?! Sobs.
Tagline Cikgu Fiza - Boleh tara tu?