Freebies Cursor TROLL FACE


Hari ni aku rasa macam nak bagi freebies cursor kat korang laa. .
Hangpa tau tak troll face tu apa? Alaa muka yang tapehape tu laa,yang tak tau meh aku nak tunjuk kat bawah ni-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nah ambik kau !!-
-
-
-
-
-
Actually banyak lagi troll face selain dari yang atas ni. .Tapi paling popular yang atas ni lah aku rasa ~
Yang rasa-rasa nak cursor troll face boleh usha entri ni sampai HABIS !


http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi220.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi219.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi218.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi217.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi216.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi215.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi214.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi213.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi212.png

 
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi210.png

http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi209.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi208.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi206.png



Fuhh ! Amacam? Ada yang berminat? Tak tahu macam mana nak letak cursor ni?

-> Log in > Design > Add A Gadget > Html/Javascript
-> Copy kod kat bawah ni dan Paste kat ruangan Html/Javascript tu


<style>body {cursor:url(URL CURSOR), url(URL CURSOR), auto;} </style><a href="LINK BLOG KORANG" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>

Contoh :

<style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png),
url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/images3/smi211.png), auto;} </style><a href="http://awesomeseptember.blogspot.com" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>


-> Save !

Dah jadi? bagitahu Fiza and say YEAYYYY !!! (Y) HAHA. Kalau yang tak jadi tu maybe something wrong somewhere :|
Siapa-siapa yang nak ambik boleh je,kata pun freebies kan :)

wasalam ~


Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Bila Perut Lapar ...

Assalamualaikum !
Hello !
Kon'nichiwa !
Annyeong !
Hai kepada semua blogger yang arif lagi bijaksana ;)

Disebabkan aku ni budak lepasan SPM,selalu jugak aku bangun lambat >< Orang tua-tua kata 'rezeki tak masuk'. Betul laa tu,aku pergi dapur tak ada makanan T__T Maggi pun tarak,mama kerja,abah pulak pergi bandar. .



Bila dah mandi,sempat jugak aku layan tv - 5 Rencah 5 Rasa, suka gila slot tu plus ada Chef Sherson err Sher sen #?? haa tak kisah laa,baru tau dia tu chef lepas guna khidmat Pak Cik Google ><. Yang resepi hari ni sempat tengok part Kek Salak + Jus Belimbing Susu je. .Macam sedap,laju je dia masak,bila nak ambik bahan-bahan je mesti dia petik jari hahah

Jatuh jantung dan hati tengok ke'handsome'man beliau 

Sentap hati mak nak :O
Kacau jangan tak kacau !! :D



So macam biasa,aktiviti aku hari-hari bila waktu tengahari je mesti on lappy,online FB dan BLOG plus kalau rajin selalu jugak surf internet. .Coincidentally,masa tu perut tengah lapar TAK macam seminggu tak makan,aku google laa pasal resepi nasi goreng paling simple,cepat dan mudah. .Bila dah jumpa tu,aku tak guna pun resepi diorang HAHA. .Dengan senang hatinya aku buat resepi sendiri ;D


Bahan-bahan yang aku tumbuk guna lesung batu tu resepi macam orang lain jugak. .Bila dah masak macam gaya Chef Wan,terhidanglah aroma yang membuka selera aku. .Marvellous ++ Delicious :D
Menu : Nasi Goreng Sesuka Hati

Don't Judge a Book by Its Cover !


p/s : Makcik dan Pakcik kat luar sana,LULUS tak kalau saya jadi menantu? #gelaksopan

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Contest Kenali Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum :)

Contest? first time join contest ni :D Best jugak sempena Maulidur Rasul ni kan. .




1. Follow blog Qienah dan Risya
2. Buat satu entry yang bertajuk " CONTEST: Kenali Rasulullah S.A.W by Farisya & Qienah "
3. Letak banner yang cute dan comel tu...
4. Jawab soalan yang tertera di bawah
5. Da jawab??? Linkkan entry anda di ruangan comment.. = )
p/s: sudi-sudilah tag kawan-kawan anda.. = )


Jawapannya :-
Bismillahirahmanirahim :)
 
1. B - 12 Rabiulawal Tahun Gajah
2. C - Halimatus Saadiah
3. B - Abwa'

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamulaikum semua :) #memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib. .
Teringat masa zaman sekolah agama dulu dari darjah 1 sampailah darjah 6. .pukul 3ptg macam tu dah get ready nak pergi sekolah agama. .Kalau kat sekolah agama tu,dalam banyak banyak subjek,aku paling suka subjek Sirah :D Cerita pasal kisah-kisah Nabi dan para sahabat Rasulullah. .selalunya masa tu tak perlu nak buat latihan ke apa,ustaz duduk kat depan and cerita je ~ layannnn ;) Sekarang ustaz yang ajar aku masa darjah 5 & 6 dulu dah pergi selamanya 5 tahun yang lepas :( Terkilan sangat sebab masa tu aku tak dapat pergi rumah arwah masa dia meninggal tu :( em semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,aminnn. .


12 Rabi'ul Awal 1433 hijrah.. Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali"

Biodata Nabi Muhammad S.A.W : 

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

Ciri-ciri Nabi Muhammad dari segi fizikal :-
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
   
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M pada umur 63tahun. .

wasalam ...

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Bila Artis Singgah Blog Kita !

Assalamualaikum dan selamat petang warga blogger,facebook,twitter dll :D
Now tengah hujan,Alhamdulillah sebab kalau tak asyik panas je sampai nak terbakar kulit ni. .Yelah kan,orang tak bertanggungjawab suka buat pembakaran terbuka,that's why lapisan ozon makin nipis sekarang #ERK!
Hari ni aku bangun lambat gila :O tak sempat nak breakfast,so just take a brunch = breakfast + lunch hahaha :D makan nasi lemak yang mama beli pagi tadi,bangun-bangun tidur je 'awat senyap je rumah aku hari ni?' keluar je bilik tengok takde siapa pun kat rumah T_T family keluar tak ajakkkk !

Berbalik pada tajuk kita yang asal,semalam aku rasa bosan so aku blogwalking kat satu blog ni,korang boleh USHA SINI !!





See,Yana Samsudin datang blog dia :D gembira tak terkata lah kan pada owner blog tu even Kak Yana just tegur melalui chatbox je. .Ramai jugak yang kata Kak Yana memang rajin blogwalking. .best kalau ada artis yang sanggup blogwalking kat blog kita yang tak berapa lawa ni, of course lah mesti ada yang rasa teruja kan :) nak jumpa artis pun susah,at least kalau dorang singgah blog kita pun jadilah kannnnn. .agaknya macam mana reaksi muka korang bila artis datang kat blog kita? haha



Comel kalau muka korang terkejut macam ni hahaha :D

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Goodbye January and Welcome February :)

Assalamulaikum kakak-kakak cun,adik-adik comel & abang-abang handsome :D


Amacam bulan Januari? ada baik ka? Sesetengah orang ada yang kata baik sebab time tu maybe dia dapat gf/bf baru,dapat DSLR #ehem!,ada yang dah kahwin etc. .Ada jugak yang kurang best macam CLASH #bunyi kaca pecah,hari-hari kena buat homework yang membosankan dll. .biasalah kan. .dah hidup tu,the days we've been through similar situations,tak kisah lah hari apa ke,bulan apa ke :)


Bulan Januari bagi aku,emmm boleh laa,tak teruk mana pun. .Still have to make a lot of work even sekolah dah habis and enjoy my life hewhew -.- dah tak sekolah tak nak duduk saja kat rumah, $$$ pun tak masuk so tak syok lah kalau purse asyik empty je kan. .Genap sebulan aku kerja kat SWH Sdn Bhd tu. .Ada lah sikit pengalaman aku kerja ngan orang luar,layan kerenah customer hari-hari. YES,HARI-HARI sebab aku takda cuti,kata pun part time,nak cuti mende hahaha. takda laa penat mana sebab kerja 4jam sehari. .dah kerja ni tipu laa kalau takde member kannnn :D 1st day aku start kerja,orang yang seangkatan ngan aku is chinese girl,Yoke :) dia yang tegur aku dulu sebenarnya. Aku nak tegur orang? awkward seh ._. Orang kedua yang aku kenal, Prema,indian girl :) haaa! 1 Malaysia tau kami ni hahaha. Kay berapa hari lepas tu,aku kenal ngan Nur Shahirah Zulkeply . At first,kami reply-reply senyum je,aku senyum kat kau,kau senyum kat aku balik hahaha. Then ada senior kat tempat kerja ni,Kak Emi, yang macam buat kami lagi rapat kot? haaa something like that ;) Here we goooo ... 


Cik Shahirah

- Suka baby yang comel-comel katanya :D
- have a sweet smile :)

Yang ni pulak aku kenal dia lepas berapa hari aku jumpa Shahirah. Nama dia Hidayah Azlan . Ni pun sama,kami just berbalas senyuman je #cewah. .bila dah lama sikit baru lah nak tegur- tegur semua :) dia lawaaaaaaa plus dia lagi tinggi dari aku lol hahaha. Ex student Sekolah Menengah Sains Kepala Batas Penang. see,budak pandai ni ;) wanna see her face? tehee ~

 

- Anak rimau Korea haha :D
- Favorite Quotations, Just The Way You Are :)


 dua dua awek lawa ni ex student SMKDB aka Sekolah Menengah Dr.Burhanuddin or macam sekolah yang sekitar dengannya lebih mesra dengan panggilan sekolah DB :p

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF YOU ~~ HAPPY BIRTHDAY TO YOU ...
Budak2 bawah ni semua yang lahir pada bulan Januari :)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,Hope hangpa bahagia disamping insan tersayang #bergenang airmata. May Allah Bless All of You :) The more important is I love you guys so much ! I will never forget our friendship until my last breath :')


Nur Zahirah - kami jadi kawan since sekolah agama masa darjah 1 dulu. Dah nak masuk 8 tahun kami tak jumpa sebab dia dah pindah :( I miss all of our memories :')



Aisyah - ni pulak,kenal sejak Tingkatan 1,kami jumpa bila ada subjek PJK je hahaha . We still have become good friends until now :)

Izzati - budak ni bukan kawan but dia sepupu kesayangan aku :D kira macam sepupu yang paling rapat ngan aku lah jugak. .Dia baru form3 and PMR candidate. .Goodluck !
Dia ada blog,if korang nak usha KLIK SINI


Faizul Hilmy - Kenal dia ni sejak Tingkatan 4 sebab kami jadi classmates :D Faizul ni memang sporting and jenis peramah orangnya, Memang best kawan ngan dia ni :) pendek kata dia ni jenis orang yang senang dibawak berbincang :D Masa form4 jadi monitor,masuk form5 terus tukar jawatan jadi prefect haha

Izzati Amira - the last one, aku lebih mesra panggil dia Izzati dari Amira XD. Kami kenal since Tingkatan 1 plus dia classmates yang first tegur aku masa tu :') Dia siap minta biodata aku lagi hahaha tak tau lah dia still ingat ke tak kan,btw last time jumpa dia masa raya tahun bila entah. Makin chubby dia sekarang :D Now dia tengah menjalani PLKN hihi #Kami Wira Wirawati Negara blablablabla. .nanti turn aku pulak,CAN't WAIT !!

Sampai sini je,nanti aku post entry yang lain pulak ;) adiossss.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©