Ini bukan penamat!


19 Mac 2014.

Keputusan STPM keluar. Walaupun keputusan sebenar aku masih belum keluar disebabkan aku repeat exam sem 3, keputusan yang aku dapat masa tu buat aku terfikir; 'Mampu ke result ulangan sem 3 aku tu nak cover pointer yang rendah serendah pokok semalu ni?' Honestly. Aku risau. Aku gundah. Aku gulana. Dengan ada huruf rojak, tak capai target, mampu ke aku nak jejakkan kaki kat IPTA? Persaingan yang hebat antara classmates. Belum 1 Malaysia ni lagi. Allahu.

Cemburu. Cemburu dengan result kawan lain. Tapi aku tak ikutkan hati. Aku muhasabah diri. Ni lah usaha hang Fiza! Berbanggalah sebab ada pelajar PraUni yang lain yang langsung tak capai apa yang hang capai ni. Panjatkan kesyukuran kepada Allah. Jadikan pointer aku yang rendah ni sebagai motivasi untuk bangunkan diri aku yang dah nak hampir jatuh.

Rezeki. Ya. 
Percayalah pada Allah
Allah tidak zalim.
Allah tidak kejam. Tidak.

Selagi ada usaha. Selagi ada doa. Disitu masih ada harapan. UPU dan SPA sudah diisi. Moga ada rezeki aku kat situ. Kalau tidak, masih ada rezeki aku kat tempat lain. Allah sebaik-baik Perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sabar. Redha. Begitu juga kepada lepasan SPM, tahniah kepada yang berjaya dan kurang berjaya. Bersangka baik dengan Allah okay? Allah Maha Adil. Allah dah sediakan rezeki untuk kedua-duanya. Kalau aku kuat, kenapa hangpa tak boleh? :)

Ingat ni;
Ini baru permulaan. Ini bukan penamat.
La Tahzan. La Tahinu. La Taias | Jangan sedih. Jangan lemah. Jangan putus asa.

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

#MH370


Pagi, 8 Mac 2014.
Aku lepak dengan mama. Sembang-sembang sambil tengok TV. Tetiba macam kena mini heart attack, nak luruh jantung. Nafas macam terhenti kejap. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur - Beijing, H I L A N G. Allahurabbi. Harini dah masuk hari kedua masih lagi tak jumpa. Yang ada hanya tumpahan minyak dekat laut. Itu pun belum tentu lagi minyak kapal terbang, baru dalam kajian. Macam-macam soalan bermain kat fikiran aku. Kapal terbang tu tak sampai dekat Beijing pun.

Innalillah. Macam-macam spekulasi orang cakap. Dah tenggelam dalam laut sejauh 3km ke dalam lah, all dead lah, meletup lah, berkecai lah, hijacked lah, keluarga mangsa dah tahu yang kapal terbang tu dah tenggelam lah, media tak nak umumkan lagi lah. Entah. Please lah, jangan buat andaian sendiri lepas tu sebarkan tanpa rasa bersalah. Fikirkanlah pasal keluarga mangsa. Imagine that, mak ayah kita, abang, kakak, adik kita dalam dalam pesawat tu. Lepas tu orang lain boleh buat andaian sendiri, of course lah kita marah plus lagi sedih. Trauma.

Social networks. Macam-macam jugak yang aku baca. Yang positif baguslah. Tapi yang negatif ni, haihh. Sedap tekak depa ja update status/tweet yang merapu. Dalam masa sehari, ramai yang jadi pakar kapal terbang. Salahkan pilot bagai. Ada yang nak cari publisiti murahan. Nak jana likes dan followers semata. Tak tau dah nak cakap apa. Aku cakap takda perasaan kang, ada yang sentap.

Sekadar taip #PrayForMH370 je tak cukup. Selesai solat, berdoalah pada Allah semoga Allah permudahkan urusan anggota keselamatan untuk cari pesawat tu. Kalau mereka masih hidup, kurangkanlah rasa dahaga dan lapar mereka. Jika tidak, berikanlah petunjuk supaya jasad mereka dapat ditemui dan disemadikan. Allah Maha Mengetahui. Kun Faya Kun. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuan-Nya. Segala ujian dan dugaan yang kita hadapi ini adalah kerana Allah nak naikkan darjat kita di sisi-Nya :')

Teruskan berdoa. Jangan lelah. Lakukannya demi Allah. Allah sebaik-baik Penolong. Allah sebaik-baik Pelindung. Doa itu adalah senjata. Minta pada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Allahumma ameen. Al-Fatihah. #PrayForMH370 
Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

Kawad.


Sejak awal bulan Februari haritu, aku telah diajak oleh cikgu Kadet Bomba sekolah menengah aku dulu untuk ajaq kawad. Tediaa, dah habis sekolah pun khidmat aku masih diperlukan. *lap airmata. Terharu ye terharu. Aku ni dulu masa Lower & Upper 6 tade lah macam hyperactive sangat. Only certain cikgu je yang notice kewujudan aku. Wahahaha k dush.

Actually, yes. I like it. Memang waktu ini yang aku tunggu-tunggu. You know, sejak aku dari Form 1 sampai lah Form 2, kerja berkawad je. Tak pernah pun nak ajar bagai. Naik Upper 6 baru ajar kawad KAPA. 1 kelebihan yang Allah bagi pada aku, aku ada suara yang kuat. Alhamdulillah. Sejak PLKN dulu, asal suruh bagi arahan kawad je, "Fiza lah Fiza lah", suara-suara tegar yang selalu nak kenakan aku hakhak. Masa ni jelah pun aku nak buli habis habisan Junior aku. Bila lagi kan huihui :3

Petang tadi pun ada latihan kawad lagi. Tapi, ketua platunnya takda sebab buat PBS kata mereka -_- Jumaat, Sabtu & Ahad lepas ada kem dekat sekolah. Yang join kem tu Kadet Bomba, KRS & Kadet Polis. Aku pergi kem tu sebab jadi fasilitator jaga anak-anak dara kat situ. Hari Sabtu tu, kawad dari pagi sampai ke malam. Apa lagi, aku regging depa habis lah cerita dia. Push Up, berguling, suruh peluk papan lepas tu cakap Iloveyou hakhak. Balik rumah hari Ahad, terus sakit tekak. Antara sebabnya, marah budak-budak tu tak berhenti, minum ais 3 hari 2 malam tanpa henti dan jerebu. Sekarang, tak berapa sihat haha -_- Tapi takpa, sesi membuli tetap diteruskan :B

Aku memang minat kawad. Idk. Memang dah sebati dalam hidup gue. Aku memang jenis yang tak kisah kalau kulit gelap sampai berbelang muka. Bila aku buka specs, macam pakai topeng. Yelah, specs aku ada perlindungan cahaya matahari. Jadi, part bawah mata tak kena cahaya. Dan mungkin aku jenis yang lasak sebab tu minat benda gini agaknye. Setiap kali kem kat sekolah dulu memang tak pernah ketinggalan. Aku dah mula berjinak dengan kem sejak aku sekolah rendah. Pengakap der heheh. Masuk sekolah menengah pun masih Pengakap, naik Form 5, habis Kadet Polis punya kawad pun aku join :D Kem paling best dan paling lama, of course kem PLKN, 3 bulan hakhak. Kem Bomba peringkat negeri tahun lepas pun best jugak, 4 hari 3 malam.


Belakang tu semua Fasi masa kem haritu. Me, baju merah. Heh.
Junior aku yang paling ramai budak Form 6.

InsyaAllah, 15 Mac 2014 ni, junior aku dah nak lawan kawad. Hopefully depa still maintainkan rekod juara kawad 4 kali berturut turut hihi. Allahumma ameen. Oh ya, next week aku ada exam. Peperiksaan Ulangan STPM semester 3, 2 papers. *pengsan. May Allah ease everything. 

Merci d'avoir lu ce post. Faham ke?

HAK CIPTA TERPELIHARA AWESOME SEPTEMBER™ 2012 - 2013©